ads

Lima Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Motosikal

  • Motosikal adalah jentera yang kompleks dan menyelenggaranya memerlukan kemahiran.
  • Penyelenggaraan motosikal bukanlah sekadar menukar minyak dan penapisnya sahaja.
  • Ini adalah empat aspek yang paling dipandang remeh dalam penyelenggaraan motosikal.

Bagi kebanyakan kita, motosikal adalah salah satu jenis pengangkutan dengan satu tugas yang khusus; membawa kita ke destinasi yang ingin dituju. Apa yang sering kita pertimbangkan dalam perjalanan kita adalah jumlah bahanapi dalam tangki, keadaan fiizikal tayar, penyelenggaraan asas, dan malangnya, setakat itu sahaja.

Motosikal adalah satu jentera yang rumit dan ada sesetengah model dari pengeluar terkemuka telah diringkaskan pada bentuk struktur asas supaya pemilik tidak perlu terlalu risau akan jentera dan keadaan keseluruhannya. Sebaliknya, ada juga model yang merupakan keajaiban teknologi.

Seringkas mana pun kebanyakan motosikal, ada perkara yang kita sebagai penunggang motosikal perlu ambil tahu mengenai motosikal masing-masing apabila berbicara mengenai penyelenggaraannya. Oleh dengan itu, kami senaraikan lima perkara yang perlu anda tahu tentang motosikal.

1. Selenggara brek anda

Kita semua sedia maklum bahawa menunggang sebuah motosikal dengan laju adalah pengalaman yang cukup mengujakan (lebih-lebih lagi jika motosikal tersebut adalah BMW S 1000 RR atau Ducati Panigale V4 S). Seseronok mana pun menguji had kelajuan motosikal anda, daya hentinya perlulah berada di tahap optimum bagi memastikan penghentian yang selamat dan lancar.

Kebanyakan bengkel dengan mekanik bertauliah dan juruteknik superbike akan membuat pemeriksaan ringkas bagi memastikan secara asasnya yang angkupnya bersih, cakeranya licin, dan pad brek masih dalam keadaan yang baik. Sekiranya motosikal anda dihantar ke tempat yang mana mereka tidak mempunyai sebarang rekod penyelenggaraan, ianya sukar bagi menentukan tahap satu aspek yang sering dipandang ringan dalam penyelenggaraan brek; menggantikan bendalir brek.

Jika anda mulai sedar yang tuil brek anda agak lembut atau lambat kembali ke kedudukan asalnya, ianya selalunya petanda utama yang bendalir brek perlu digantikan. Kebanyakan buku panduan motosikal akan mengesyorkan anda untuk menggantikannya setiap dua tahun bagi memastikan yang bendalir brek anda segar dan tiada buih udara dalam sistemnya.

Sumber imej: motorcyclistonline.com

Tidak pasti bila kali terakhir ianya digantikan? Mekaik dan juruteknik yang bertauliah selalunya boleh tahu dengan hanya melihat warna bendalir brek. Untuk pengetahuan anda, bendalir brek selalunya berwana jernih dengan sedikit warna kuning. Semakin lama bendalir itu, ia bertukar ke warna yang lebih gelap.

Walaupun penggantian bendalir brek ini tidaklah sukar, ianya perlu dilakukan dengan rapi kerana anda tidak mahu ada buih udara dalam sistemnya. Selain itu, bendalir brek ini tersangatlah menghakis dan akan menyebabkan kerosakan pada cat sekiranya ia terkena bahagian lain motosikal.

Juga perlu diingatkan adalah penggantian bendalir brek bagi motosikal dengan ABS. Proses penggantiannya cukup mudah, namun buih udara tidak boleh dibenarkan memasuki modulator ABS. Jika ianya terjadi, anda memerlukan penguji ABS elektronik bagi mengeluarkannya dari sistem, jika tidak, motosikal akan berdepan dengan isu pembrekan. Di mana boleh anda dapati penguji ini? Di bengkel rasmi (yang digunapakai oleh juruteknik bertauliah).

Dengan erti kata lain, pergilah ke bengkel dengan juruteknik bertauliah untuk memeriksa (dan menggantikan) bendalir brek anda.

2. Selenggara fork motosikal anda.

Sistem suspensi anda juga perlu diselenggara secara berkala. Apa yang kami maksudkan adalah fork hadapan dan penyerap hentakan belakangnya. Kebanyakan motosikal berkapasiti kecil dengan harga berpatutan hanya mempunyai pilihan untuk menggantikannya sebaik sahaja mereka haus, namun ianya lebih murah berbanding menanggalkannya untuk peyelenggaraan.

Bagi motosikal berkapasiti lebih besar dengan kelengkapan yang lebih mewah, pakej suspensinya akan bertahan lebih lama sekiranya anda melakukan penyelenggaraan berkala tepat pada masanya.

Sebagai contoh, fork hadapannya. Fork bukan sahaja untuk memaut roda hadapan, membolehkan anda memandu arah motosikal dan menyerap hentakan, ia juga penting bagi memberi maklum balas tayar hadapan kepada penunggang.

Sumber imej: jamespackwoodracing.co.uk

Proses penyelenggaraan fork memerlukan etika kerja yang teliti kerana ianya terdiri daripada komponen berketepatan jitu. Di sinilah di mana anda perlu mendapatkan perkhidmatan bengkel yang mempunyai juruteknik bertauliah yang berdedikasi bagi menyelenggarakan motosikal anda. Percayalah, ianya berbaloi.

3. Kelegaan injap

Sumber imej: bikebandit.com

Pemeriksaan kelegaan injap adalah salah satu aspek penyelenggaraan yang terpenting (dan juga terbesar) motosikal anda. Kenapa? Kerana kehausan dan haba dalam ‘valvetrain’ akan menjejaskan posisi injap dan saiz kelegaan. Kelegaan injap yang tidak betul akan pada mulanya menyebabkan ‘valvetrain’ yang berbunyi teruk. Jika masalah ini tidak ditangani, enjin anda akan mula kehilangan prestasinya, tercungap-cungap, dan tidak akan bergerak. Dalam kes yang ekstrem, injapnya mungkin tersentuh dengan bahagian atas omboh dan menyebabkan kerosakan!

Penunggang motosikal kurang gemar dengan prosedur penyelenggaraan ini kerana ianya agak mahal dan memakan masa kerana ianya melibatkan komponen enjin yang penting. Sewaktu memeriksa kelegaan injap, ianya berbeza bagi setiap motosikal jadi pastikan anda memeriksa semula dengan buku panduan pengeluar motosikal dan bengkel rasmi.

Sumber imej: www.transmoto.com.au

Untuk motosikal yang lebih kecil, proses ini agak mudah untuk dilakukan (sekiranya anda ada peralatan yang betul) namun bahagian utama pada motosikal seperti pnel badan, tangki bahanapi, dan yang lain-lain mungkin perlu ditanggalkan bagi membolehkan proses ini dilakukan dengan jayanya. Anda rasa was-was? Bertenang dan hantar sahaja motosikal anda ke bengkel yang ada juruteknik superbike bertauliah!

4. Cecair pendingin

Akhir sekali, kami ingin menyentuh tentang sistem penyejukan keseluruhan motosikal anda. Ini khusus untuk mereka yang memiliki motosikal sejukan cecair.

Mengapa ianya penting untuk memeriksa sistem penyejukan motosikal anda? Pertama sekali, ke semua jenis bendalir penyejuk yang digunakan dalam motosikal anda mempunyai kandungan aktif atau ejen yang membantu mengawal hakisan. Ejen-ejen ini semakin lama semakin terjejas dan sebaik sahaja ianya kotor, ia tidak boleh memastikan suhu sejuk dan terkawal seperti biasa.

Seperti bendalir brek anda, menggantikan bendalir penyejuk anda juga disyorkan untuk setiap dua tahun (atau tiga, bergantung pada pengeluarnya). Menyelenggaranya dengan sendiri tidak sesukar mana tetapi anda perlu mencari cara yang betul untuk membuang bendalir sejuk yang telah digunakan, kerana ada antaranya dari jenis yang bertoksik, dan boleh mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan anda jika terkena pada kulit.

Selain daripada menggantikan bendalir brek, anda juga perlu memeriksa radiator, paip hos, dan apit. Paip hos getah perlu berada dalam keadaan yang baik (lentur tanpa sebarang rekahan). Apit hos pula perlulah berada dalam keadaan baik dan juga ketat. Bagi radiatornya pula, cari sebarang tanda kerosakan fizikal. Jika ada sirip penyejuk yang bengkok, anda boleh membetulkannya menggunakan pemutar skru.

Kesimpulannya, menyelenggara motosikal anda lebih dari sekadar memastikan penukaran minyak pelincir baharu dan penapis minyak baharu setiap kali ianya berkunjung ke bengkel. Jika anda menghantarnya ke bengkel yang memiliki juruteknik bertauliah, memastikan lima perkara yang sering terlepas pandang ini akan menjadi lebih mudah. Jadi, bertenanglah, tunggang dengan selamat, dan praktikkan penyelenggaraan motosikal yang betul!

5. Pentauliahan memastikan kepuasan

Risau memikirkan motosikal anda yang dihantar ke bengkel dan mekanik yang tidak diketahui kebolehannya? Memang patut pun! Motosikal anda sama sahaja seperti diri anda dan apabila menyebut tentang penjagaan kesihatan, anda sudah pasti mahukan yang terbaik, jadi, apa bezanya dengan motosikal anda?

Bengkel, mekanik, dan juruteknik dengan pensijilan bertauliah yang diperolehi daripada program yang dianjurkan oleh institut pengajian seperti TOC Automotive Colleg menawarkan, menyediakan, dan membekalkan kepada negara juruteknik yang bertauliah dan terlatih yang berpengalaman dalam penyelenggaraan motosikal sama ada yang berkapasiti kecil hinggalah jentera perlumbaan berprestasi tinggi.

Kami sering menasihatkan anda untuk menghantar motosikal anda ke pusat perkhidmatan penyelenggaraan rasmi pengeluar namun, jika tiada pusat tersebut berdekatan anda, penggantinya adalah bengkel-bengkel yang memiliki juruteknik yang bertauliah.

Juruteknik Superbike Bertauliah Kini Semakin Diperlukan!

Anda boleh melayari laman Facebook rasmi TOC Automotive College, atau kunjungi kampus mereka (peta di bawah), atau, hubungi talian (+603) 7960 8833 untuk maklumat lanjut. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai Program Bina Bakat TOC DI SINI, atau email kepada [email protected]. Sila tekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.

Leave a Reply