Sepuluh Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Seorang Penunggang Motosikal (Bahagian 1)

  • Bersikap tidak serius di atas motosikal pasti akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini
  • Tunggangilah motosikal menggunakan logik akal dan janganlah terlalu beremosi mahu pun berani.
  • Penunggang yang bagus sentiasa berfikir beberapa langkah di hadapan dan bukannya secara sesuka hati.

Dalam mengumpulkan senarai “Sepuluh Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Seorang Penunggang Motosikal” ini, kami telah membaca semula sebuah artikel yang telah kami siarkan sebelum ini berkenaan dengan kesilapan yang sering kali dilakukan penunggang, tidak kiralah sama ada mereka penunggang baharu atau pun lama. Tetapi saya pasti yang anda setuju bahawa ada banyak lagi yang boleh disenaraikan memandangkan kami hanya menyentuh sepuluh perkara pada satu-satu masa.

Gaya hidup kita ini cukup menyeronokkan kerana ia memberikan kita peluang untuk memperbaiki kemahian penunggangan kita dari masa ke semasa, dalam perjalanan kita untuk menjadi penunggang yang lebih baik dan menikmati sukan ini. Kami berharap yang anda semua, saudara penunggang sekalian, mengikut tips keselamatan kami ini dari masa ke semasa.

Tanpa berlengah lagi, Sepuluh Perkara Yang Tidak Patut Dilakukan Oleh Penunggang adalah:

1. Tunggang dalam keadaan beremosi

Tidak dinafikan yang menunggang itu adalah satu bentuk terapi, namun begitu, anda tidak digalakkan untuk menunggang sewaktu kepala anda masih lagi ligat dengan imej pertengkaran anda dengan majikan atau dengan pasangan. Peratusan untuk selamat sampai ke tempat tujuan anda di atas motosikal adalah amat rendah, berbanding dengan mereka yang memandu, jadi, anda perlulah memberikan 100% perhatian pada penunggangan anda. Jadi, ambillah masa untuk menenangkan diri sebelum anda memutuskan untuk menunggang mendaki Gohtong Jaya.

2. Bertegas tentang hak laluan

Setiap penunggang pasti akan tahu yang kita akan kalah jika kita bertindak tegas dengan kenderaan yang lebih besar, tidak kiralah jika ianya salah kita atau pun tidak. Namun, masih ramai di antara kita yang sering bertegang dengan pengguna jalan raya yang lain apabila amarah menyelubungi diri. Sejujurnya, ada masa saya berasa marah pada pemandu yang bertindak bodoh, tetapi saya sedar yang tiada maknanya untuk berasa marah jikalau ia akan menyebabkan saya kemalangan nanti. Biar sahaja tuhan membalasnya kemudian hari.

3. Berada terlalu lama di titik buta

Berada terlalu lama di titik buta kenderaan yang lain (termasuklah motosikal) adalah salah satu perkara yang paling bahaya boleh anda buat sewaktu berada di atas jalan raya. Kenderaan tersebut mungkin memasuki laluan anda kerana ia tidak sedar yang anda berada di situ. Kita sebagai penunggang motosikal di Malaysia cukup bertuah kerana tiada undang-undang yang melarang ‘lane splitting’ dan ‘traffic filtering’, jadi, gunakanlah kelebihan ini secara efektif. Ingat, kekalkan bergerak pada halaju tidak melebihi 40km/j berbanding dengan trafik di sekeliling anda.

4. Mempercayai pengguna jalan raya yang lain secara membuta

Anda pasti yang pemandu itu sedang memberikan hak laluan? Anda rasa mereka sedar yang anda telah berhenti di persimpangan? Ia lebih baik untuk menunggang dengan sedikit tahap paranoia. Walaupun akan ada yang mengatakan yang ianya akan menjadikan penunggangan itu kurang menyeronokkan, lebih baik tidak seronok di atas pelana berbanding tersembam mencium bumi. Atau cermin hadapan kereta.

5. Tidak mengetahui had kemampuan anda

Ada satu cara yang mudah untuk mengukurnya. Jika anda sering berasa tertekan sehinggakan anda hampir bertembung dengan sebuah kereta atau tersasar lebar di selekoh, anda telah melebihi tahap kemampuan anda (kurang latihan). Bacalah tip-tip penunggangan, atau, yang lebih baik lagi, dapatkan latihan pakar bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran anda. Buat sementara waktu, tungganglah dengan cermat.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]