Ducati Diavel 1260 2019 Akan Dilengkapi DVT

Gambar intipan Ducati Diavel 2019 – Sumber imej: motorbikes.co.uk

  • Ducati mula memperkenalkan DVT (Desmodromic Variable Timing) dengan model Multistrada 1200 2015.
  • Ia kini akan diterapkan dalam model Diavel 1260 2019.
  • Namun, apakah yang dimaksudkan dengan DVT dan bagaimanakah ianya berfungsi?

Ducati pada mulanya telah memperkenalkan ciri DVT (Desmodromic Variable Timing) dengan model Multistrada 1200 2015, dan telah mendapat sambutan hebat, dan kini, ianya bakal diterapkan pada model Diavel 1260 2019, di samping molde Multistrada 1260 dan XDiavel.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan DVT dan bagaimanakah ianya berfungsi?

Bagi memahami tentang DVT, kita perlu memahami tentang pemasaan injap (valve timing).

Sejujurnya, ada banyak yang perlu dipertimbangkan apabila berkata mengenai pemasaan injap. Pertamanya, jika injap masukan terbuka buat jangka masa yang pendek, campuran udara-bahanapi yang lebih rendah boleh dicetuskan, berbanding dengan injap yang dibiar terbuka dengan lebih lama. Pada rpm yang rendah, campuran udara-bahanapi yang lebih rendah (juga dipanggil “cas”) perlu dicetuskan untuk ia membakar dengan lebih pantas, menghasilkan tork yang lebih tinggi. Sebaliknya, injap perlu dibiar terbuka dengan lebih lama untuk membenarkan lebih banyak cas yang masuk untuk menghasilkan kuasa maksimum yang lebih tinggi.

Dan bukan itu sahaja, kerana ia ada ‘pertindihan injap”

Istilah ini menggambarkan jangka masa di mana kedua-dua injap masukan dan injap ekzos terbuka bersama – menjadikannya ‘bertindih’. Pertindihan berlaku apabila injap ekzos mula tertutup dan injap masukan mula terbuka. Dengan cara ini, wasap ekzos yang sedang keluar akan menyebabkan vakum yang membantu menarik masuk campuran udara-bahanapi segar dan mengisi kebuk pembakaran dengan pantas.

Jadi, adakah pemasaan pertindihan yang tinggi satu penyelesaian ajaib? Tidak semestinya.

Enjin perlumbaan mampu memanfaatkan pertindihan yang berpanjangan kerana setiap ombohnya bergerak sebanyak 20,000 kali ke atas dan bawah pada 10,000 rpm, dan dengan itu, setiak gerakan ‘stroke’ hanyalah sepanjang 0.003 saat sahaja. Wasap ekzos dapat dikeluarkan dengan pantas dan menarik masuk cas segar.

Namun, jika enjin yang sama digunakan pada motosikal jalan raya, ia tidak akan ada masa yang mencukupi untuk menolak keluar ke semua wasap ekzos, dan ada sebahagian daripadanya akan masuk semula dalam kebuk pembakaran dan dicampur dengan cas segar, menjejaskan campuran tersebut. Ini yang menyebabkan bunyi letupan ‘backfire’, atau motosikal yang terhenjut-henjut. Dan anda akan memiliki sebuah motosikal yang lembap pada jangkauan rpm yang rendah ke sederhana.

Benar, ECU suntikan bahanapi boleh membekalkan jumlah bahanapi yang tepat mengikut beban tertentu, namun, tidak banyak cara yang ada untuk mengatasi kejuruteraan asas enjinnya itu.

Dari sini kita boleh andaikan yang enjin yang sempurna perlu ada pertindihan yang lebih rendah untuk tork yang baik pada rpm rendah ke sederhana, dan pertindihan maksimum pada rpm yang lebih tinggi untuk kelajuan yang lebih tinggi.

Masalahnya, anda hanya boleh ada satu profil ‘cam’ sahaja untuk setiap perwatakan. Pilihlah yang mana anda mahu.

Anda mungkin pernah dengar tentang VTEC (Valve Timing Electronic Control) milik Honda. DVT milik Ducati ini berfungsi atas falsafah yang sama, mempelbagaikan pemasaan injap, namun, ia menggunakan cara yang berbeza berbanding VTEC hak milik Honda.

DVT Ducati menggunakan ECU bagi mengawal pelaras injap bagi memastikan injap kekal tertutup; atau dilengahkan, dipercepatkan, mahu pun dipanjangkan saat bukaannya. Setiap satu tindakan ini membentuk perwatakan enjin tersebut, menghasilkan gelungan kuasa yang amat lancar, tindak balas pendikit yang dipertingkatkan, penghasilan kuasa yang lebih tinggi, dan penjimatan bahanapi yang optimum.

Dengan adanya ciri DVT ini sudah pasti akan menjadikan motosika Diavel 1260 2019 ini sebuah motosikal power cruiser ‘all-rounder’ yang lebih seronok untuk ditunggang. Bakal diperkenalkan di EICMA 2018 di Milan, Itali, ia juga bakal dilengkapi dengan IMU (Inertial Measurement Unit) enam-paksi Bosch bagi meningkatkan lagi bantuan penunggang, suspensi Öhlins, pautan Bluetooth, dan kemaskini estetik.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]