Sepuluh Motosikal Yang Dinamakan Sempena Litar Lumba (Bahagian 1)

Honda CB900F2 Bol d’Or – Sumber imej: www.motorcyclespecs.co.za

  • Ada satu ketika di mana para pengeluar gemar menamakan motosikal lumba mereka sempena litar lumba.
  • Ianya bagi mmperingati kemenangan atau untuk membayangkan perwatakan motosikal tersebut.
  • Di sini kami persembahkan Bahagian 1 – Sepuluh Motosikal Yang Dinamakan Sempena Litar Lumba.

Ada satu ketika di mana motosikal lumba hadir dengan nama yang menarik, berbanding dengan nama angka abjad seperti “CSRXY1000RSSRR”. Membosankan. Kelihatan lebih seperti nombor siri.

Pengeluar pernah menamakan motosikal mereka bagi memperingati kemenangan yang telah mereka perolehi di satu-satu litar. Ada juga yang telah dinamakan sebegitu sebagai satu jenis fesyen, dan ianya cukup ranggi sekali. Pada zaman, masih ada segelintir yang menggunakan cara ini, dan ia akan membuat kemunculan dalam senarai ini pada masa akan datang.

Di sini, kami senaraikan Sepuluh Motosikal Yang Dinamakan Sempena Litar Lumba.

10. Honda FT500 Ascot

Honda FT500 Ascot – Sumber imej: cx500forum.com

Honda belum pernah menamakan motosikal mereka bersempena dengan litar lumba, kecuali sebuah pada tahun 1982, bergelar FT500 Ascot. “FT” di sini membawa maksud “flat-track”, dan Ascot merupakan litar lumba tanah merah bulat di California. Tetapi, walaupun nama tersebut membayangkan penunggang hebat menggelongsorkan tayar belakang, motosikal FT500 ini sebenarnya dihasilkan sebagai sebuah “street tracker”. Enjin satu silinder, 497cc-nya itu diambil dari motosikal ‘dirt bike’ XL dan XR, dan menghasilkan 36hp sahaja. Tidak hairanlah ini kurang mendapat sambutan. Mungkinkah ini sebabnya Honda tidak mahu menamakan motosikal mereka sempena litar lumba lagi?

9. Ducati 750 Imola

Jentera Ducati yang telah dikemudi oleh Paul Smart bagi memenangi perlumbaan Imola pada tahun 1972 sebenarnya berasaskan motosikal kembara. Hadam betul-betul kenyataan itu.

Benar, ia telah diadaptasi dari motosikal Ducati 750 GT dan merupakan motosikal Ducati pertama yang dilengkapi dengan aktuasi injap Desmodromik mereka yang terkenal itu. Paul Smart berjaya mengalahkan ke semua penunggang yang lain di atas motosikal ini, termasuklah seorang penunggang dari Itali bernama Giacomo Agostini dengan jentera MV Agusta-nya.

Ducati dengan pantas telah mengeluarkan replika motosikal tunggangan Smart dan menggelarnya “750 Imola”.

8. Laverda Jarama

Laverda Jarama – Sumber imej: rmsothebys.com

Motosikal Laverda Jarama telah dinamakan bersempena dengan sebuah litar lumba yang terkenal di Sepanyol sewaktu ia diimport ke Amerika Syarikat, walaupun ianya motosikal yang sama dijual dengan nama 3CL di Eropah. Bagaimana pun, Laverda juga turut menawarkan model Jota pada masa yang sama dan model Jota ini lebih mendapat sambutan, membuatkan para pengedar mengemaskini model Jarama dengan spesifikasi Jota yang lebih tinggi, menyebabkan ada yang menggelarnya “Jarota”.

7. Laverda Montjuic

Sumber imej: Moto Borgotaro

Seperti model Jarama, motosikal Montjuic ini telah dinamakanbersempena dengan sebuah litar lumba di Sepanyol. Bagaimana pun, model Montjuic ini bukannya sebuah motosikal jalan raya cantik dengan nama yang sama molek pada asalnya, kerana ia memulakan hayatnya sebagai sebuah jentera perlumbaan Formula 500. Laverda memutuskan untuk menjual motosikal ini kepada orang ramai atas dorongan pengimport British, lalu mereka menghasilkan versi yang sah untuk kegunaan jalan raya dan menamakannya “Montjuic”. Ianya merupakan motosikal kelas pertengahan paling eksotik pada zamannya itu.

6. Honda CB900F2 Bol d’Or

Honda CB900F2 Bol d’Or – Sumber imej: www.motorcyclespecs.co.za

Okay, okay, yang ini tipu sedikit kerana Bol d’Or bukannya sebuah litar lumba tetapi acara perlumbaan ketahanan 24 jam di Perancis.

Namun begitu, tidak sanggup kami tinggalkan motosikal yang teramat mempersonakan ini. Dibina bagi menggantikan motosikal CB750F, model CB900F dan CB900F2 ini ditawarkan di Eropah dan bukannya Amerika Syarikat, dan lebih mirip dengan motosikal superbike enam silinder CBX1000. Reraupnya memberi perlindungan dan pada masa yang sama, kita masih boleh nampak akan enjinnya, dan rekaan tersebut telah digunakan sebagai ilham untuk reraup Windjammer.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.