Perpindahan Cristiano Ronaldo Ke Juventus Bakal Membuatkan Valentino Rossi Lebih Kaya?

  • Cristiano Ronaldo baru sahaja melakukan satu perpindahan wang besar menyertai kelab gergasi Itali, Juventus, dari Real Madrid.
  • Permintaan bagi jersi Juventus sudah pasti akan meningkat dalam masa terdekat sebaik sahaja jersi baharu Ronaldo mula dijual di kedai rasmi mereka.
  • Syarikat dagangan popular Valentino Rossi, iaitu syarikat VR46 Racing Apparel, merupakan pembekal rasmi segala barangan berkaitan Juventus, di samping untuk penunggang dan syarikat popular lain.

Pelik bukan jika dikatakan yang Valentino Rossi bakal mengaut keuntungan daripada perpindahan yang telah dilakukan baru-baru ini oleh Cristiano Ronaldo ke pasukan bola sepak Itali, Juventus. Tetapi, itulah yang bakal terjadi nanti.

Menurut laporan, syarikat VR46 Racing Apparel yang dimiliki Rossi, dan yang khusus dalam penghasilan barangan bagi syarikat dan atlit popular, turut menghasilkan keseluruhan barangan bagi Juventus.

Syarikat VR46 Racing Apparel telah menghasilkan pelbagai barangan bagi penunggang utama MotoGP seperti Marc Marquez, namun ianya telah ditamatkan selepas tahun 2016. Syarikat berkenaan masih lagi menghasilkan barangan untuk Dani Pedrosa, Cal Crutchlow, Kevin Schwantz dan lain-lain.

Bagi pihak syarikat pula VR46 Racing Apparel telah menghasilkan barangan untuk kelab bola sepak Juventus, Yamaha, Monster Energy, KTM, Dainese, AGV, Oakley, GoPro, dan juga Lamborghini.

Perpindahan Cristiano Ronaldo yang berjumlah €100 Jutake Juventus itu dijangkakan akan membawa kepada peningkatan permintaan bagi jersi Juventus, yang mana secara tidak langsungnya akan membawa keuntungan yang besar buat syarikat VR46 Racing Apparel.

VR46 Racing Apparel dikatakan telah menamatkan tahun fiskal 2017 dengan keuntungan sebanyak €30 juta.

Begitulah caranya bagaimana Rossi mendapat keuntungan daripada perpindahan Cristiano Ronaldo.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]