Benelli Rasmikan BEST-Shop Pertama Di Selangor

  • Jenama motosikal Itali, Benelli, bersama dengan wakil pengedar sah mereka telah merasmikan BEST-Shop pertama mereka di Kajang, Selangor.
  • Ianya merupakan kedai BEST-Shop keempat di Malaysia, mengandungi sebuah bilik pameran, pusat perkhidmatan, serta kaunter alat ganti dan aksesori.
  • BEST-Shop ini terletak di alamat No. 2, Jalan Hentian 2, Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor.

Beneli Malaysia bersama dengan wakil pengedar sah mereka, Kedai Motorsikal Tenaga Sdn. Bhd. telah merasmikan kedai eksklusif Benelli pertama mereka, bergelar BEST-Shop di Selangor. Ia juga merupakan BEST-Shop keempat di dalam negara.

Terletak di Kajang, Selangor, kedai BEST-Shop ini berada di sebuah lot penjuru yang baru diubahsuai dan merumahkan galeri motosikal yang memperagakan rangkaian penuh motosikal Benelli, pusat perkhidmatan yang canggih, dan kaunter alat ganti dan aksesori asli.

“Benelli telah menerima maklum balas yang menakjubkan di Malaysia sejak pelancaran beberapa buah model permintaan ramai, termasuklah motosikal super cub RFs 150i, motosikal tourer TRK 502, dan motosikal klasik Leoncino. Berasaskan pada permintaan ini, sebuah bilik pameran dan pusat perkhidmatan eksklusif telah dibangunkan di negeri Selangor bagi memastikan ke semua pemilik Benelli dapat menikmati pengalaman pemilikan terbaik sejajar dengan prinsip jenama kami.” ujar Encik Asri Ahmad, Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

“Benelli Malaysia baru-baru ini telah dipilih dan dilantik sebagai ‘Road Test Center’ tunggal di Asia Tenggara oleh Benelli Global. Oleh dengan itu, ke semua motosikal baharu akan diuji di Malaysia sebelum pelancarannya di negara-negara ASEAN yang lain. Tanda aras baharu ini adalah satu kebanggaan dan menjadi motivasi buat kami. Pada tahun 2017, Benelli Malaysia telah dianugerahkan pencapaian terbaik dalam ‘Global Sales, Network Sales Management & Product Launching’, dan kami bakal mengulangi pencapaian ini untuk tahun 2018 dan juga bakal memperolehi pencapaian terbaik dalam ‘After Sales Service’ untuk tahun 2018,” tambah Encik Asri lagi.

Alamat kedai BEST-Shop ini adalah No. 2, Jalan Hentian 2, Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Waktu operasinya adalah dari jam 9 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang bagi hari Sabtu, dan ditutup pada hari Ahad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi BEST-Shop Kajang di talian 03-8737 2161, faks 03-8741 0891, atau layari laman sesawang rasmi Benelli Malaysia, atau laman Facebook rasmi Benelli Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply