Sesi Teh Tarik Mega Raya HayabusaRiders.my

  • Sekumpulan pemilik motosikal Suzuki bergelar HayabusaRiders.my telah berkumpul di Putrajaya pada hujung minggu lalu untuk pertemuan Sesi Teh Tarik Mega HayabusaRiders.my.
  • Berbilang jumlah Suzuki Hayabusa, B-King, dan jentera-jentera hebat yang lain telah tampil di perhimpunan meriah bersama rakan taulan dan keluarga tersebut.
  • Perhimpunan ini diakhiri dengan sesi penggambaran sebelah malam di dataran Putrajaya.

Bulan Syawal sudah menghampiri penghujungnya dan kebanyakan daripada kita sedang cuba menghadiri dan menganjurkan rumah terbuka dan perjumpaan sewaktu hujung minggu terakhir beberapa hari yang lepas. Kumpulan pemilik motosikal, HayabusaRiders.my memutuskan untuk membawa sedikit kelainan pada tahun ini dan hasilnya, mereka telah mengadakan satu Sesi Teh Tarik Mega Raya.

Cocok dengan namanya, ahlinya terdiri daripada para pemilik motosikal yang hebat itu, Suzuki Hayabusa. Berbilang jumlah jentera hebat tersebut, dan juga beberapa buah model Suzuki lain yang tidak kurang hebatnya telah mengisi perkarangan McDonald yang terletak di Presint 2, Putrajaya. Berdasarkan gambar-gambarnya, sudah pasti ianya satu pemandangan yang cukup mengujakan sekali.

Selain daripada jentera gah Hayabusa, beberapa buah motosikal streetfighter Suzuki B-King turut menghadiri perjumpaan ini, yang mana ianya telah menarik perhatian ramai. Dianggap ramai sebagai salah sebuah jentera paling dicari-cari dari permulaan pengeluarannya sehingga kini, ianya merupakan satu peragaan kuasa kuda, dengan rupa paras yang ‘sado’, dikelilingi keriuhan dan kemeriahan pertemuan bersama sahabat handai dan keluarga.

Sebelah petangnya dipenuhi dengan aktiviti bertegur sapa sesama taulan, acara ala hari keluarga, sambutan hari lahir, jamuan hebat dan yang paling utama, perancangan bagi perjalanan utama berikutnya mereka ke Hatyai dan Songkhla, Thailand.

Ahli kumpulan kelab HayabusaRiders.my kemudiannya telah bergerak menuju ke lokasi seterusnya untuk satu acara wajib dan teramat penting bagi mana-mana acara perjumpaan kelab motosikal, sesi bergambar. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Ahmad Nizam, atau lebih dikenali sebagai Ayah atas jemputan mereka dan berharap dapat menyertai lagi acara-acara mereka di masa yang akan datang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!

Suzuki Hayabusa 2019 Akan Dilengkapi Dengan Transmisi Separa Automatik?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]