MotoGP: Dani Pedrosa Akan Menyertai Pasukan Petronas Yamaha?

  • Ada yang telah mengandaikan bahawa Dani Pedrosa akan terus kekal dalam siri perlumbaan MotoGP pada musim yang akan datang bersama dengan pasukan satelit Petronas Yamaha.
  • Walaupun masih belum disahkan lagi, Lin Jarvis menyatakan yang perbincangan antara Yamaha dan Petronas sedang berjalan dengan lancar.
  • 24 jam yang berikutnya akan menjawab sama ada kebarangkalian ini benar sambil kita tunggu akan pengumuman rasminya.

Selepas drama pada pusingan yang lalu mengenai masa depan penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa, ramai orang telah mula membuat spekulasi tentang masa depan penunggang kelahiran Sepanyol itu dalam siri perlumbaan MotoGP.Dengan ke semua tempat bagi pasukan pengilang telah pun diisi, satu soalan telah bermain di minda. KE MANA ARAH TUJU DANI PEDROSA?

Di mana ada segelintir yang meramal bahawa Pedrosa akan bersara dari kelas premier selepas 13 musim dalam kelas tersebut bersama dengan pasukan HRC, beberapa kelompok utama di paddock MotoGP telah mengandaikan sebaliknya. Lin Jarvis adalah salah seorang daripadanya.

Ketua pasukan Yamaha itu telah menyatakan bahawa kemungkinan kemunculan sebuah pasukan satelit Yamaha yang dikendalikan oleh Petronas adalah positif. Walaupun ianya masih belum disahkan lagi, ada media yang telah mula mengatakan yang Pedrosa telah menandatangani satu kontrak baharu dengan pasukan yang masih belum disahkan itu.

Menurut Jarvis, “Kami memiliki dua orang penunggang pengilang dalam pasukan pengilang dan mereka akan diberi perhatian untuk pembangunan masa depan. Ya, kami boleh membekal jentera yang setara untuk sebuah pasukan yang lain tetapi ianya bergantung kepada kewangan.”

“Selain itu, segala pembangunan baharu akan ditumpukan kepada penunggang pengilang dan sekiranya ianya berfungsi dengan baik, dan kami ada masa yang mencukupi untuk menghasilkan bahagian tambahan, ianya akan disediakan buat penunggang yang lain. Ia juga bergantung pada kewangan kerana terdapat paras harga yang berbeza bagi sokongan dan spesifikasi motosikal,” tambah ketua pasukan Yamaha itu.

Buat masa ini, khabar angin mengatakan yang pasukan satelit Petronas Yamaha yang baharu ini akan menggantikan pasukan Aspar Ducati yang dikatakan akan menarik diri pada hujung musim ini atas sebab kewangan. Penunggang kedua mereka? Ada yang mengandaikan yang ianya akan diisi oleh penunggang Marc VDS, Franco Morbidelli.

Gerombolan MotoGP telah pun tiba di Belanda bagi pusingan di Motul TT Assen dan kami menjangkakan yang pengumuman rasmi penubuhan pasukan satelit Petronas Yamaha beserta dengan para penunggang pasukan tersebut akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

Jorge Lorenzo Sah Sertai Honda Bagi MotoGP Musim 2019 Dan 2020

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]