Indian FTR1200 Akan Mula Dikilangkan Bermula Tahun 2019!

  • Indian Motorcycle telah mengumumkan bahawa model Indian FTR1200 akan muncul sebagai sebuah model pengilangan pada tahun 2019.
  • Versi sah jalan raya itu akan didasarkan daripada model Indian Scout FTR750 Flat Tracker dan model buatan khas, Indian Scout FTR1200 Custom.
  • Berdasarkan rupa parasnya, model FTR1200 yang bakal tiba itu mungkin sekali akan dijana oleh sebuah enjin V-Twin 1,133cc yang dikemaskini, mirip dengan yang ada pada motosikal cruiser Indian Scout semasa.

Awal tahun ini, kita telah terdengar akan satu khabar angin yang mengatakan bahawa Indian Motorcycles sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah versi pengilangan bagi jentera Indian Scout FTR750 Flat Tracker mereka yang amat menawan itu. Idea ini telah lahir dari sebuah motosikal konsep, Indian Scout FTR1200 Custom, yang telah diperkenalkan pada lewat tahun lalu.

Kali ini, Indian Motorcycles telah mengesahkan bahawa akan tiba sebuah model pengilangan penuh bagi motosial Indian FTR1200 dan kami berasa amat teruja sekali! Jentera ‘street-tracker’ yang dinantikan ramai ini telah disahkan pada minggu lalu sewaktu acara “Wheels & Waves” di Perancis.

Berasaskan motosikal FTR1200 tahun lalu, penjana V-Twin 1,133cc yang sama seperti yang ada pada Indian Scout semasa akan digunakan pada model ini, namun, ianya pasti datang dengan pelbagai kemaskini yang berbeza bagi disuaikan dengan perwatakan ‘flat-track’ motosikal ini. Ada yang mengandaikan bahawa kapasitinya akan ditambah sepadan dengan namanya, namun, buat masa ini, Indian Motorcycles tidak mengiakan mahu pun menidakkannya.

Tindakan untuk memastikan versi pengilangan motosikal FTR1200 ini sehampir mungkin kepada asal usul ‘flat-tracking’ jenama ini adalah satu langkah yang bijak dari Indian Motorcycles. Berdasarkan dominasi mutlak mereka dalam siri perlumbaan “American Flat Track Series 2017” bersama dengan pasukan “Wrecking Crew” yang teramat popular, visi baru Indian Motorcycles ke arah jentera yang lebih ‘sporty’ sudah pasti akan menarik minat penggemar yang lebih muda dan baharu terhadap jenama tersebut.

Pada firasat kami, motosikal ini mungkin sekali bakal diperkenalkan pada hujung tahun ini sewaktu acara EICMA 2018 di Milan Itali. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Harley-Davidson Dan Indian Motorcycles Dikenakan Dengan Tariff Import Yang Tinggi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.