TuneBoss Ingin Menghadiahkan Anda Sebuah Y15ZR!

  • ECU enjin TuneBoss adalah untuk penalaan enjin motosikal suntikan bahanapi.
  • Ianya digunakan bagi menyerlahkan potensi sebenar enjin motosikal anda.
  • Seorang pengguna bertuah bakal membawa pulang sebuah motosikal Yamaha Y15ZR baharu.

TuneBoss adalah sebuah syarikat tempatan yang menghasilkan ECU yang mampu meningkatkan prestasi enjin motosikal anda.

Jumlah dan pemasaan suntikan bahanapi, beserta dengan pemasaan serta kawalan lanjut pencucuhan nyalaan dikawal dengan unit kawalan elektronik (ECU) enjin. Walaupun ianya secara elektronik, penalaan, atau lebih tepat lagi, pemetaannya telah di pra-atur oleh pengeluar bagi memberikan keseimbangan antara kuasa, penjimatan bahanapi, emisi, jangka hayat enjin, dan faktor-faktor yang lain. Boleh dikatakan yang hanya sebahagian daripada keseluruhan keupayaan enjin digunakan kerana kompromi tersebut.

Bagi membolehkan anda menala semula enjin, anda memerlukan ECU ‘performance’ seperti yang dikeluarkan oleh TuneBoss.

Yamaha Y15ZR – Gambar sekadar hiasan

Dan kini, penciptanya, FSR Technology, ingin menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR serba baharu buat penggunanya.

Cabutan bertuahnya akan diadakan bersempena dengan Perhimpunan Yamaha YZF-R25 2018 di litar Speedway PLUS pada 7 Julai 2018.

Ke semua pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah utama. Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengikut arahan dalam pos Facebook “TuneBoss Bike Giveaway”.

Pemenangnya akan dipilih secara rawak sewaktu siaran langsung Facebook ‘Live’, yang mana mereka akan memilih pemenangnya berdasarkan nombor siri TuneBoss. Bukti pemilikan diperlukan, dan ianya adalah dengan menunjukkan resit, unit ECU, kad waranti, kotak produk bagi mengelakkan penyertaan yang menggunakan unit yang dicuri.

Ini bukanlah kali pertama FSR Technology mengadakan peraduan sebegini. Pada tahun lalu, Muhammad Zulhanif Hamidon telah memenangi sebuah motosikal Honda RS150R yang dilengkapkan dengan sebuah unit ECU TuneBoss dalam sebuah peraduan anjuran syarikat berkenaan.

FSR Technology telah ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Encik Farhan dan Encik Sufian, kedua-dua merupakan jurutera elektronik. Visi mereka adalah untuk membina sebuah syarikat yang berasaskan kajian dan pembangunan untuk rekaan produk terkemuka.

Mereka mengambil masa selama tiga tahun bagi kerja-kerja kajian dan pembangunan sebelum munculnya ECU TuneBoss, yang mana lahir hasil pembiayaan sendir dan juga disokong dengan geran pembangunan dari Cradle Fund Sdn. Bhd., sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang tuneboss.co, atau hubungi mereka di talian +603-7831 5041, atau hantarkan pesanan peribadi di laman Facebook rasmi TuneBoss.

Tekan sini untuk pautan ke pos peraduan berkenaan.

Sila tekan pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelancaran produk terbaru mereka.

TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]