MAI, BHPetrol Dan MKJR Mempromosikan Keselamatan Jalan Raya Sewaktu Musim Perayaan

Warganegara Malaysia telah pun memulakan perjalanan mereka menuju kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri, dan oleh kerana itu, Malaysia Automotive Institute (MAI), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), serta Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) telah menangjurkan kempen Car Care Week Jom Balik Kampung di BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Program tiga hari itu telah diadakan di tiga buah stesen, BHPetrol Kg. Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya pada hari Sabtu, 9 Jun 2018, BHPetrol Lebuhraya KL – Karak pada hari Ahad, 10 Jun 2018, dan BHPetrol KL – Klang pada hari Isnin, 11 Jun 2018. Pengguna jalan raya yang mengunjungi stesen-stesen BHPetrol berkenaan telah menerima pemeriksaan 21 ciri secara percuma.

Hadir sewaktu majlis perasmiannya adalah Dato’ Madani Sahari (Ketua Pegawai Eksekutif MAI), Ir. Azizul Azily Ahmad (Pengurus Besar Bahagian Pembekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, BHPetrol), dan Puan Aslynda Binti Mohd Dahlan (Ketua Penolong Pegawai Daerah Petaling Jaya).

Pemeriksaan 21 ciri hanya mengambil masa selama 15 minit bagi setiap kereta, yang meliputi, minyak enjin, minyak gear, keadaan brek, keadaan tayar, lampu kenderaan, dan sebagainya. Selain itu, pemeriksaan tidak terhad kepada jenama yang tertentu dan pemilik kenderaan telah diberikan khidmat nasihat dan panduan mengenai sebarang isu yang berkaitan dengan kenderaan mereka selepas proses pemeriksaan.

Selain itu, para pelanggan yang telah membuat pemeriksaan kenderaan mereka berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditaja oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), beserta ‘goody bag’ yang berisi makanan dan minuman ringan tajaan pembekal BHPetrol. Inisiatif ‘Jom Balik Kampung Raya’ ini telah diadakan sebagai sebahagian daripada kempen MAI Car Care Week, yang bertujuan untuk mendidik penggguna mengenai kepentingan pemeriksaan kenderaan, penyelenggaraan, dan pembaikan.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]