Helmet MotoGP Hafizh Syahrin – “Jalur Gemilang”

  • Rekaan helmet MotoGP Hafizh Syahrin bertumpukan hakikat bahawa dia adalah penunggang Malaysia pertama dalam kelas premier MotoGP.
  • Bergelar “Jalur Gemilang”, helmet X-Lite X-803 Ultra Carbon miliknya itu mengibarkan bendera Malaysia di mata dunia.
  • Buat masa ini, Hafizh Syahrin berada di posisi yang baik sekali untuk memenangi anugerah ‘MotoGP Rookie of the Year’.

Lima pusingan telah berlalu sejak penunggang kebanggaan negara kita, Hafizh Syahrin menyertai kelas premier MotoGP. Selain daripada perwatakannya yang ceria di paddock, penunggang MotoGP Malaysia yang pertama itu telah digambarkan ramai sebagai ‘satu nafas yang baru’.

Ini ternyata amat benar sekali apabila soalan yang sama telah diajukan kepada Pengurus Pasukan Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal. Setelah berdepan masalah yang besar dalam mencari calon yang sesuai bagi menggantikan Jonas Folger, terbit satu peluang sewaktu ujian musim sejuk MotoGP 2018 di Sepang.

Kini, keadaannya sangat positif bagi Hafizh Syahrin dan pasukannya setelah lima pusingan pertama bagi musim 2018. Buat masa ini, dia bertanding untuk gelaran ‘MotoGP Rookie of the Year’ dan berada dalam posisi yang amat baik sekali dengan kutipan sebanyak 13 mata setakat ini. Di atas litar, tanda pengenalan terbesarnya adalah helmet X-Lite-nya yang telah diterapkan dengan warna Malaysia yang terang dan patriotik.

Helmetnya sahaja sudah cukup mengagumkan sekali, sebuah helmet X-Lite X-803 Ultra Carbon keluaran Nolan. Hafizh telah mengambil masa beberapa pusingan sebelum memutuskan rekaan akhirnya sewaktu pusingan MotoGP di Texas di Circuit of the Americas.

Menurut sebuah temuramah bersama Monster Energy, Hafizh menyatakan bahawa “Saya letak bendera Malaysia di atas, yang mana saya suka terapkan pada helmet saya, dan saya mahukan semuanya dalam bentuk yang ringkas. Saya juga mempunyai logo di belakang dan saya juga suka akan warna merah jadi ada banyak warna itu di seluruh helmet, dan juga pada but dan sarung tangan. Warna merah pada helmet melingkar ke hadapan bak kala jengking; amat hebat!”

Bergelar “Jalur Gemilang”, helmet Hafizh itu adalah gabungan mengagumkan antara warna hitam dan hijau Monster Energy dan pilihan penunggang, merah dan bendera Malaysia tersergam megah di atasnya. Walaupun sewaktu memecut laju di atas laluan lurus melebihi 300km/j, helmetnya amat mudah untuk dikenali, lebih-lebih lagi oleh peminat senegaranya di seluruh dunia.

“Sebagai penunggang Malaysia yang pertama dalam kelas premier MotoGP, bendera ini penting bagi saya; Saya bangga menjadi rakyat Malaysia,’ tambah Hafizh lagi. Saksikan aksinya pada 1 hingga 3 Jun 2018 di Mugello, Itali

https://youtu.be/3o-HU1HrRLU

Sumber imej: Monster Energy & MotoGP

Betul Ke Hafizh Syahrin Penunggang MotoGP Malaysia Yang Pertama?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]