Moto Guzzi Malaysia Mengalu-alukan Kedatangan Idon Pang Sebagai Ketua Jabatan Selepas Jualan

  • Moto Guzzi Malaysia ingin menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik untuk penggunanya.
  • Bengkel mereka yang lengkap dengan peralatan kini sudah beroperasi sepenuhnya.
  • ‘Sifu’ perkhidmatan selepas jualan yang cukup terkenal, Idon Pang, akan menyertai bengkel berkenaan sebagai Ketua Jabatan Selepas Jualan.

Moto Guzzi Malaysia memandang serius akan janji mereka untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik buat pengguna mereka melalui pusat selepas jualan rasmi mereka, yang digelar GB Workshop (GB adalah singkatan bagi Goh Brothers). Mereka telah membuat pelaburan yang besar bagi memastikan bengkel tersebut lengkap dengan peralatan yang diperlukan dan mereka juga akan melengkapkannya lagi dengan tenaga berpengalaman bagi menjalankan tugas penyelenggaraan dan membaiki.

Penggemar Moto Guzzi dan jenama di bawah Piaggio Group sudah pasti amat kenal dengan nama Idon Pang. Idon mempunyai minat yang mendalam untuk motosikal, lebih-lebih lagi untuk perkhidmatan selepas jualan. Namun, apa yang lebih penting lagi adalah dia membawa banyak pengalaman teknikal dalam bidang penyelenggaraan dan baik pulih motosikal Moto Guzzi, sesuatu yang sudah pasti amat dialu-alukan oleh peminat Moto Guzzi di Malaysia.

Kami telah duduk berbual dengannya di GB Workshop, bengkel rasmi Moto Guzzi Malaysia.

MotoMalaya (MM): Bilakah anda memulakan kerjaya dalam dunia motosikal?

Idon Pang (IP): Kerjaya saya bermula 10 tahun yang lalu dengan sebuah jenama yang lain. Apabila terhentinya pengedaran Aprilia di Malaysia dan sebagai pemilik motosikal Aprilia, saya sedar akan kekurangan alat ganti. Saya telah mengaturkan urusan pengimportan alat ganti ke dalam negara. Saya juga telah membeli beberapa alat ganti bagi meneruskan penyelenggaraan kebanyakan motosikal Aprilia pada waktu itu. Jadi, pada waktu itu, saya merupakan penjual alat ganti (ketawa).

Apabila Naza mengambil alih jenama Aprilia, mereka telah mencari seseorang yang boleh mengendalikan bahagian selepas jualan Aprilia. Mereka juga telah mengenal pasti nilai-nilai tambahan yang boleh saya tawarkan iaitu jualan motosikal. Saya lakukan tugas tersebut buat satu ketika, saya bangunkan Naza Premira, yang merupakan Aprilia dan Vespa Malaysia hari ini.

Saya berehat seketika selepas itu, kerana telah terlibat dengan kemalangan dan perlukan masa untuk pulih. Saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat pada waktu itu.

Sebaliknya saya bekerja dengan syarikat pembiayaan dalam menyediakan kemudahan sewa beli; saya bersama dengan Aeon (Credit). Saya telah membantu mereka membangunkan Easy Payment Program.

Selepas itu, saya telah ditawarkan untuk membangunkan wakil pengedar Vespa di Kota Damansara, iaitu Moto Aladdin. Saya juga turut menjual KTM. Namun, perkhidmatan selepas jualan menjadi tumpuan utama saya – bukan sahaja untuk Vespa dan KTM – tetapi, ke semua jenis motosikal. Pada waktu itulah saya mula menerima pelbagai jenama berbeza di Moto Aladdin.

Saya kemudiannya berpisah dengan rakan kongsi saya di situ dan mengambil beberapa buah projek yang berbeza, salah satu daripadanya adalah dengan Shell. Saya telah mengendalikan program ‘Masterclass’ untuk Shell dan Bikes Republic.

MM: Apakah pengetahuan dan pengalaman yang akan anda bawa ke Moto Guzzi?

IP: Sewaktu saya berbicara dengan Juan Chow Wee, kami sedar bahawa jenama ini akan mencabar kebolehan kami. Ianya sama seperti waktu Naza memperolehi (hak pengedaran) Aprilia. Jumlah globalnya tidak setanding jenama yang lain. Kami faham yang kami akan berdepan tugas yang berat.

Kelebihan yang saya dapat bersama Goh Brothers adalah memulakan jabatan selepas jualan dari mula. Perkhidmatan selepas jualan adalah kepakaran saya. Menjalankan pelan rangka tindak bagi perkhidmatan selepas jualan untuk jenama lambat laun akan membuahkan hasil dalam bentuk jumlah jualan.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply