Helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 Diperkenalkan!

 

  • Bersempena dengan perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France, HJC Helmets telah memperkenalkan helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 yang baru.
  • Helmet sukan tercanggih mereka itu bercirikan watak popular dari filem Monsters, Inc.
  • Harga bagi pasaran Amerika Syarikat untuk helmet RPHA 11 yang baru ini telah ditetapkan pada $599.99 (sekitar RM2,382).

Sesudah sebuah pengumuman yang telah dibuat baru-baru ini mengenai helmet sukan HJC RPHA 11 Deadpool yang unik, HJC Helmets sekali lagi telah menampilkan sebuah rekaan grafik yang bakal mencuri pandangan mata anda sekalian. Bersempena dengan pusingan MotoGP yang akan berlangsung di Perancis pada hujung minggu ini (yang ditaja oleh HJC), mereka telah memperkenalkan helmet HJC RPHA 11 Mike Wazowski 2018 dari filem Monsters, Inc.!

Mengapa HJC Helmets memilih watak Pixar ini sebagai rekaan helmet terkini mereka? Ianya disebabkan oleh warna hijaunya yang menyerlah, ditambah pula dengan perwatakannya yang menonjol itu. Rekaan Mike Wazowski jelas terserlah pada helmet terbaru ini sebagai sesuatu yang terang, liar, dan sudah pasti mudah dinampak sewaktu berada di atas jalan raya.

Rekaan grafik terbaru ini telah diterapkan pada model RPHA 11, helmet sukan premium HJC. Helmet RPHA 11 telah diperbuat daripada bahan-bahan PIM+ untuk sebuah tempurung yang teramat ringan dengan ketahanan hentakan yang hebat. Setiap helmet dalam siri RPHA 11 ini didatangkan dengan pelindung asap tambahan, sisipan Pinlock, ambang dagu, dan ‘breath box’ beserta dengan waranti lima tahun.

Sesetengah penunggang Moto3, seperti Phillip Oettl telah dilihat mengenakan helmet RPHA 11 yang baru sewaktu sesi Latihan Bebas yang pertama di Le Mans pada awal hari ini. Untuk Harganya, Ia telah ditetapkan pada harga $599.99 (sekitar RM2,382) untuk pasaran Amerika Syarikat. Bagi pasaran negara kita pula, kami akan laporkan dengan sesegera mungkin sebaik sahaja pengumuman rasmi di buat oleh HJC Helmet Malaysia.

Helmet HJC CL-17 Hulk Dan Punisher II 2018 Diperkenalkan

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]