Arch Method 143 2018 – Motosikal Hiper Cruiser 2,343cc

  • Motosikal hiper cruiser terkini dari Arch Motorcycle Company telah datang dalam bentuk Arch Method 143 2018.
  • Dijana oleh enjin raksasa S&S V-Twin 2,343cc, motosikal cruiser terbaru daripada syarikat Keanu Reeves ini dikatakan boleh menghasilkan kuasa melebihi 170hp.
  • Hanya 23 buah unit sahaja yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia. Tiada berita mengenai harganya buat waktu ini.


Anda minat motosikal buatan khas? Bagaimana pula dengan filem ‘The Matrix”? Tergila-gilakan Keanu Reeves? Percayakah jika kami katakan ke semua ini boleh dikaitkan dengan sebuah motosikal? Jika tidak, anda perlu kenal dengan Arch Motorcycle, sebuah syarikat motosikal yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh pelakon kegemaran ramai, Keanu Reeves.

Menghasilkan motosikal mewah Amerika Syarikat sejati yang telah diterapkan dengan semangat, jiwa, dan prestasi buatan khas terbaik, model terbaru mereka ini cukup mengagumkan. Motosikal Arch Method 143 2018 ini adalah contoh terbaik bagaimana sebuah jentera yang sempurna boleh dipertingkatkan ke satu tahap yang berbeza.

Sebagai sebuah motosikal konsep pengilangan pertama yang bercirikan casis karbon fiber ‘mono-cell’ dengan sel bahanapi bersepadu, motosikal Method 143 adalah gabungan karbon fiber, aluminium canaian CNC, dan buatan kulit halus yang diterapkan dengn konsep reka bentuk berlapis yang unik serta pertukangan tangan yang elegan.

Hanya akan 23 unit yang akan disediakan untuk jualan bagi seluruh dunia, yang mana ianya salah satu tanda pengenalan hasil keluaran Arch Company. Bercirikan enjin raksasa S&S V-Twin 2,343cc (143 inci padu), motosikal Method 143 ini dikatakan boleh menghasilkan lebih daripada 170hp dan hampir 200Nm tork yang menggugat keimanan anda.

Arch Motorcycle juga merupakan satu-satunya pengedar motosikal lumba Suter di Amerika Syarikat dan mereka telah menggunakan kelebihan ini dengan menghasilkan lagan ayun satu sisi aluminium canaian CNC. Direka oleh Arch dan dikilangkan oleh Suter, motosikal Method 143 ini juga dilengkapi dengan panel badan aluminium canaian CNC dengan lapisan kulit bersepadu pada pelana dan tangkinya.

Untuk pakej suspensinya, Arch Method 143 telah dilengkapkan dengan kelengkapan yang terbaik sekali. Di bahagian hadapan, sepasang fork siri FGRT boleh laras penuh Ohlins / hak milik Arch manakala bahagian belakangnya dilengkapi dengan penyerap hentakan boleh laras penuh dengan redaman Ohlins / hak milik Arch.

Spesifikasi yang lain termasuklah pelindung fork karbon fiber aerodinamik, angkup radial monobloc enam omboh berganda hadapan ISR, angkup radial empat omboh berganda belakang ISR, roda “Turbine” karbon fiber 17 inci, tayar Michelin Power RS, dan sistem ekzos SC-Project berilhamkan MotoGP yang menggiurkan yang diperbuat daripada gabungan titanium, karbon fiber, dan billet aluminium. PADU.

Arch KRGT-1 2018 – Motosikal Super Cruiser 2,032cc Rekaan Keanu Reeves

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]