Nasim Sdn. Bhd. Lancarkan SUV Peugeot 5008! Dari RM173,888! [+video]

Nasim Sdn. Bhd. pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, telah melancarkan SUV Peugeot 5008 yang serba baru, Peugeot 5008 terbaru ini merupakan sebuah kenderaan moden yang menampilkan kepada pengguna gabungan status, teknologi terkini, praktikaliti yang menakjubkan serta perasaan yang mengagumkan dalam satu pakej yang menggiurkan.

SUV Peugeot 5008 terbaru ini adalah satu peralihan yang lancar dari keluarga MPV-nya yang terdahulu dan merintis jalan baru sebagai SUV 7 tempat duduk yang besar dan ekspresif dalam segmen C. Sebagai pesaing baru dalam segmen yang kompetitif ini, SUV Peugeot 5008 terkini ini membawa nafas baru dalam segmen ini dengan gabungan ruang dan praktikaliti sebuah MPV dan tarikan dinamik sebuah SUV – memenuhi jangkaan pelanggan masa kini. Dengar sendiri penerangan mengenai ciri-ciri SUV 5008 ini dari Joey G!

Bercakap di majlis pelancaran berkenaan, Yasser Awan, Ketua Pegawai Eksekutif Nasim Sdn. Bhd. (di bawah), berkata, “Mengagumkan dari pandangan pertama adalah tarikan reka bentuk definitif bagi SUV Peugeot 5008 serba baru ini, menerapkan pengalaman pemanduan lincah yang cukup sebati dengan jenama Peugeot ini. SUV 5008 serba baru ini jauh lebih menonjol berbanding pesaingnya, oleh kerana keserbabolehannya sebagai sebuah SUV dengan praktikaliti sebuah MPV dengan atur cara 7 tempat duduknya – menggabungkan yang terbaik di antara dua dunia tersebut.”

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (di bawah, dua dari kanan). “SUV Peugeot 5008 serba baru ini telah dijuruterakan dengan ciri-ciri terbaik dan pengalaman jenama terkemuka Perancis ini, dalam reka bentuk luas dan mewah. Kami berasa positif dengan kehadiran SUV 5008 terbaru ini akan menjadi pemangkin dalam memastikan sasaran jualan Nasim sebanyak 3,600 buah unit bagi tahun 2018 tercapai,” ujar Dato’ Samson.

Saiz keseluruhan kenderaan ini kekal kompak pada 4,641mm panjang dan 1,844mm lebar, tetapi, pada masa yang sama, cukup luas bagi sebuah kenderaan segmen C. SUV 5008 terbaru ini – walaupun 11mm lebih panjang dari pendahulunya – masih kekal sebagai salah sebuah kenderaan yang bersaiz paling konservatif dan panjang tambahannya itu menjadikannya lebih selesa untuk penumpang. Saksikanlah video di bawah, di mana Julie Woon menerangkan lagi mengenai SUV 5008 ini!

Reka bentuk bahagian hadapan yang ekspresif dengan cogam “Lion” jenama berkenaan membayangkan perwatakan tegas pemiliknya serta kemegahan pada identiti jenama tersebut. Kehalusan lampu hadapan ‘Advanced Full LED’ kenderaan ini, dengan lampu isyarat’ sequential scrolling’, memberikannya renungan setajam singa, sama ada di waktu siang mahu pun malam, dan bentuk yang menonjolnya itu diserlahkan lagi dengan kemasan kroma di sisip hadapan yang melunjur ke lampu hadapan, yang mengingatkan kita pada kereta konsep Peugeot, HX1.

Di bahagian belakangnya, garis badan yang telah diangkat, beserta kemasan sisi bumbung berkroma melengkapkan lagi panel badannya, menonjolkan profil rekaan yang lebih aerodinamik yang diserlahkan lagi oleh lampu belakang LED ‘three-claw’ Peugeot yang cukup dikenali ramai. ‘Tailgate’ yang lebih lebar dengan ambang but yang rendah membayangkan betapa luasnya ruang simpanan tersebut.

SUV Peugeot 5008 yang baru ini juga dilengkapi dengan roda aloi 18 inci Los Angeles dan kemasan ‘two-tone diamond’, bumbung keluli tahan karat, dan lengkung roda belakang yang menonjol menzahirkan gabungan perwatakan dan kecanggihan yang tidak terlalu ketara pada kontur kenderaan ini.

Menghiasi papan pemukanya adalah ‘Toggle Switches’ kroma satin tengah, bagi capaian mudah untuk keselesaan dan keselamatan penumpang utama: audio, penghawa dingin, atur cara bantuan, telefon, aplikasi, serta lampu amaran keselamatan. Lebih halus, canggih, dan mudah dicapai dari sebelum ini, Peugeot i-Cockpit® terkini ini menawarkan lebih banyak pengkhususan dan kepuasan emosional.

Dijana oleh enjin 1.6 Turbo THP yang mempunyai kecekapan bahanapi 7.3 liter bagi setiap 100km, dan emisi CO² serendah 133g/km. Hasil kuasanya adalah 167hp dan 240Nm, dengan kelajuan tertinggi 206km/j. 0-100km/j dalam masa 9.2 saat.

Ditawarkan dalam empat kemasan warna yang menarik; Emerald Crystal, Amazonite Grey, Nera Black, dan Pearlescent White, SUV 5008 serba baru ini boleh didapati di bilik pameran di seluruh negara. Harga asas tidak termasuk insurans telah ditetapkan pada RM173,888 untuk Semenanjung Malaysia

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut spesifikasi yang ada pada SUV 5008 serba baru ini, TEKAN SINI.

Untuk senarai harga yang lebih lengkap, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]