Indian Motorcycle Memanggil Semula Motosikal Mereka Yang Hidup Secara Sendirinya?

  • Indian Motorcycle kini dalam proses memanggil semula 3,341 buah motosikal di Amerika Syarikat yang mana ianya dikatakan berkemungkinan mampu untuk hidup secara sendirinya.
  • Isu ini dikatakan disebabkan oleh hakisan yang mungkin terjadi di dalam suis kombinasi kanannya.
  • Beberapa rangkaian motosikal Indian Chief, Chieftain, Springfield, dan Roadmaster 2018 telah dikenalpasti mengalami isu ini.


Kita sering kali telah mendengar tentang panggilan semula motosikal dalam jangka hayat hidup kita, namun, kali ini, ianya teramatlah pelik sekali. Indian Motorcycle di Amerika Syarikat sedang dalam proses memanggil semula kira-kira 3,341 buah motosikal mereka yang berkemungkinan memperolehi satu kebolehan yang baru – hidup secara sendirinya.

Mengikut kenyataan mereka, “Hakisan yang mungkin terbentuk di dalam suis kombinasi kanan motosikal, berkemungkinan menyebabkan motosikal untuk hidup secara sendirinya tanpa niat pengguna sekiranya fob kuncinya berada berdekatan dengan motosikal dan keadaan keselamatan ‘interlock’ yang diperlukan telah dipenuhi.”

Menurut satu laporan yang telah difailkan pada 10 April 2018 oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) Amerika Syarikat, sebahagian model tertentu yang dihasilkan pada tahun ini (2018) telah pun dikenalpasti. Model-model motosikal Indian berkenaan adalah:

  • Chief
  • Chief Classic
  • Chief Dark Horse
  • Chief Vintage
  • Chieftain
  • Chieftain Classic
  • Chieftain Dark Horse
  • Chieftain Elite
  • Chieftain Limited
  • Springfield
  • Springfield Dark Horse
  • Roadmaster
  • Roadmaster Elite
  • Roadmaster Icon
  • Roadmaster Classic

Ianya sudah pasti satu isu yang perlu diperbetulkan sesegera mungkin kerana ia berkemungkinan akan menyebabkan situasi yang merbahaya yang mungkin dialami oleh pemiliknya. Ianya barang kali boleh menyebabkan pembaziran bahanapi, sehinggalah keadaan yang lebih mengancam nyawa seperti keracunan karbon monoksida.

Tiada lagi sebarang berita sama ada model-model yang ada di Malaysia juga turut terjejas, namun, kami pasti yang Indian Motorcycle akan melakukan yang sebaiknya untuk menghubungi pemilik motosikal yang terjejas (sekiranya ada).

2018 Jack Daniel’s Limited Edition Indian Scout Bobber unveiled!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]