ARRC 2018: Azlan Shah Sasar Kedudukan Pendahulu Kejohanan Pada Pusingan 2

  • Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018.
  • Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut.
  • Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West dengan perbezaan sebanyak 13 mata.

Dengan pusingan kedua bagi siri perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC) yang pantas menjelang tiba, penunggang harapan negara, Azlan Shah Kamaruzaman telah mensasarkan untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan dalam kategori premier 600cc.

Pusingan 2 akan berlangsung pada hujung minggu ini di The Bend Motorsport Park yang baru di buka di Australia. Litar 4.9km ini mempunyai susun atur unik yang pasti akan menguji kemahiran ke semua penunggang dalam siri perlumbaan ARRC ini. Siri perlumbaan ini adalah antara yang pertama akan bersaing di atas litar ini.

Bagi Azlan Shah, cabaran ini sudah pasti lebih berbeza sebagai juara bertahan. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu beraksi dengan baik sewaktu pusingan pertama di Thailand di mana dia merangkul dua tempat ke-tiga. Dia kini berada di anak tangga ke-dua keseluruhan bagi kejohanan 2018 di belakang penunggang harapan Australia, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing).

Anthony West

Namun begitu, Anthony tidak dapat menyertai perlumbaan pada hujungn minggu ini disebabkan oleh penyertaannya dalam WorldSSP. Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) juga turut tidak akan menyertai perlumbaan ini kerana dia memilih untuk menumpukan perhatiannya pada siri perlumbaan All-Japan JSB1000.

Zaqhwan Zaidi

Menurut Azlan, “Kebolehsuaian penunggang dan kebolehan memberikan data dan maklum balas yang tepat kepada jurutera pasukan masing-masing bakal menjadi kunci untuk memenangi perlumbaan ini. Dari segi itu, para penunggang senior ada kelebihan berbanding penunggang-penunggang yang lebih muda.”

Pusingan kedua bagi siri perlumbaan ARRC 2018 akan bermula dari 19 hingga 22 April 2018.

Sumber: ARRC

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply