Aston Martin KL Memperkenalkan DB11 4.0 V8 Terbaru!

Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi 4.0 liter V8 cas turbo berganda bagi model Aston Martin DB11. Melengkapi lagi enjin 5.2 liter V12 cas turbo berganda yang sedia ada, varian terbaru ini menyerlahkan lagi perwatakan perlumbaan model DB11, di samping meluaskan lagi tarikan globalnya dengan gabungan prestasi mengagumkan dan kecekapan yang dipertingkatkan.

Varian ini menampilkan pelbagai keindahan yang baru, dengan nota bunyi yang baru; bercirikan gabungan reka bentuk GT yang segar dan tersendiri yang muktamad, aerodinamik yang terkini, dan potensi sebuah enjin V8, menghasilkan 503bhp dan 675Nm tork yang memacunya dari 0-100km/j dalam masa 4.0 saat.

“Dengan rasa penuh sukacita, kami dengan rasminya memperkenalkan DB11 janaan enjin V8 di Kuala Lumpur. Kami menjangkakan minat dan peningkatan yang berterusan dalam permintaan model DB11, dipacu oleh ketibaan model janaan enjin V8 ini.” ujar Cik Nancy Chen (di bawah), Ketua Operasi Jualan Aston Martin, Asia Tenggara.

DB11 janaan V8 tersebut juga telah dicipta sebagai kereta Aston Martin yang paling anggun dan lengkap, lebih mudah dimiliki oleh pengguna di seluruh dunia, dan pada masa yang sama, masih memiliki prestasi yang menakjubkan dan perwatakan yang tidak dapat dilupakan yang membezakan Aston Martin dengan jenama yang lain.

Turut diumumkan adalah lokasi baru bagi Aston Martin Service Centre oleh Wearnes Quest di Malaysia. Terletak di Lingui Industrial Park, Sungai Buloh, pusat perkhidmatan yang baru ini berkeluasan 4,000 kaki per segi yang berhawa dingin penuh, yang dilengkapi dengan tiga ruangan perkhidmatan dan satu ruangan diagnostik.

Pust perkhidmatan baru ini dilengkapi dengan peralatan, teknologi dan kelengkapan terkini, diselia oleh kakitangan perkhidmatan yang dilatih secara profesional,” terang Encik Jerry Lee (di atas), Pengarah Urusan Wearnes Quest. “Dengan pelaburan ini, keyakinan bakal pemilik dan pemilik sedia ada akan komitmen kami dalam memberikan tahap kecemerlangan British yang tiada tandingannya akan kekal terjamin.”

Nota kaki: Aston Martin Service Centre terletak di Lingui Industrial Park, 15 ½ batu, Sungai Pelong, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. DB11 janaan V8 akan tersedia untuk pameran di bilik pameran. Untuk membuat temujanji, sila hubungi talian +60 3 2163 1196. Anggaran harga bermula dari RM1,800,000 selepas duti dan GST.

Untuk maklumat tambahan, sila layari laman sesawang rasmi Aston Martin Kuala Lumpur.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply