Haval Malaysia Umumkan Tawaran Istimewa Ramadhan 2018!

Go Auto Sales Sdn. Bhd., pengedar eksklusif bagi kenderaan SUV jenama Haval di Malaysia, telah mengumumkan promosi istimewa bulan Aprilnya yang boleh didapati di mana-mana bilik pameran Haval di seluruh negara. Promosi ini ditawarkan kepada pemilik Haval sedia ada dan juga bagi bakal pemilik yang berminat untuk mendapatkan kenderaan SUV yang baru sewaktu tempoh kempen ini, di mana mereka akan ditawarkan penjimatan sehingga RM3,000!

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberikan peluang buat rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kenderaan SUV pada harga yang mampu dimiliki dan berdaya saing, kami telah menawarkan kepada pengguna yang baru dan sedia ada dengan insurans percuma serta rebat dengan penjimatan sehingga RM3,000 bagi kedua-dua model Haval H1 dan H2 bagi bulan April ini,” ujar Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Go Auto Group.

Selain daripada promosi yang sedang dijalankan ini, HAVAL Malaysia juga akan mengadakan acara jelajah di pusat-pusat membeli belah di seluruh negara serta di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai. Sebagai langkah permulaannya, HAVAL akan mengadakan acara Jelajah Wilayah Tengah di AEON Mall Shah Alam dari 24 hingga 29 April 2018, dengan pelbagai aktiviti dan promosi yang disediakan buat orang ramai. Lokasi-lokasi lain bagi acara jelajah mereka di Wilayah Utara, Selatan, Pantai Timur, dan juga bagi Sabah dan Sarawak akan diumumkan pada masa yang kemudian ketika ia hampir tiba dengan tarikh acara jelajah wilayah-wilayah tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan HAVAL di talian 03-5569 7332, atau e-mel ke alamat [email protected]. Anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi HAVAL, atau laman Facebook rasmi HAVAL, mahu pun laman Instagram rasmi HAVAL.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply