PAWI Lancarkan Roda Tempa Aliran 360 Darjah Rota Terbaru


Tahukah anda, jenama roda aloi terkenal pilihan para penggemar dan juga professional, ROTA, berasal dari Filipina? Dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam pengeluaran roda, Philippine Aluminium Wheels, Incorporated (PAWI), pengeluar Rota Wheels, telah meningkatkan lagi seni dan sains pembuatan roda ke tahap yang berikutnya. Dengan pelancaran Roda Tempa Aliran 360 Darjah Rota (Rota 360-degree Flow Forged Wheels), ia merupakan satu kitaran baru dalam pengeluaran roda di Filipina.

“Kami berasa sangat teruja untuk memperkenalkan Rota 360-degree Flow Forged Wheels,” ujar Encik Michael S. Rojas, Presiden PAWI. “Roda terbaru kami ini lebih ringan, lebih padat, dan juga lebih tahan lasak berbanding roda tuangan graviti berkualiti tinggi kami. Dan oleh kerana ianya berjenama Rota, ia juga amat mampu dimiliki.”

Roda Tempa Aliran 360 Darjah Rota ini dihasilkan melalui sebuah proses bergelar ‘flow forging’, yang pertama seadanya dalam negara tersebut. Ini dilakukan dengan menuang graviti jongkong aluminium gred tinggi yang tulen, yang kemudiannya dipanaskan dan dipusing bagi membentuk rodanya. Secara amnya, ‘flow forging’ menggabungkan elemen penghasilan roda tuang dan roda tempa, menjadikannya lebih ringan dan lebih kuat berbanding roda tempa. Ini bermakna ia kurang berat yang tidak berpegas, dan, dengan itu, mempertingkatkan lagi pengendalian dan dinamik kenderaan. Dan ia melakukan semua ini dengan mempertingkatkan lagi tahap ketahanan roda di bawah keadaan yang mencabar.

Seperti mana roda-roda Rota yang lain, roda Tempa Aliran 360 darjah ini telah menjalani pelbagai ujian yang ketat. Ujian radial, menyelekoh, dan impak telah dijalankan ke atas roda berkenaan bagi memastikan kualiti pada tahap yang tinggi yang menjadi tanda pengenalan syarikat ini, dan memberikan ketenangan minda kepada pengguna. Dengan langkah-langkah ujikaji yang mematuhi piawaian antarabangsa, roda Rota anda akan terus berfungsi dan begitu jugalah dengan roda Tempa Aliran 360 darjah ini.

Rangkaian roda Rota 360-degree Flow Forged ini akan disediakan dalam masa terdekat, di dalam dan luar negara. Bakal dilancarkan melalui jaringan domestik dan antarabangsa meluas syarikat berkenaan, kita semua bakal dapat mengalami sendiri sebuah revolusi Filipina di mana Rota akan menempa masa hadapan, sekali lagi mengubah seni dan sains sebuah roda.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.