Honda CBR1000RRW 2018 Siap Siaga Untuk Suzuka

  • Motosikal Honda CBR1000RRW 2018 telah diperkenalkan sebagai jentera pertandingan bagi perlumbaan ketahanan “Suzuka 8-hours” tahun ini.
  • Motosikal ini akan dikendalikan oleh pasukan pengilang HRC bagi menyaingi Yamaha yang telah mendominasi arena ini.
  • Takumi Takahashi, bersama dengan dua lagi penunggang pasukan Honda yang lain dari MotoGP dan WorldSBK akan mengemudi jentera ini pada penghujung bulan Julai 2018 nanti.

Persaingan menjadi semakin hangat bagi perlumbaan ketahanan “Suzuka 8-hours” tahun ini, apabila pengeluar gergasi Jepun, Honda, memperkenalkan motosikal Honda CBR1000RRW 2018 dengan harapan yang mennggunung untuk menakluki pesaing mereka pada tahun ini. Buat pertama kalinya, motosikal ini akan dikendalikan oleh pasukan pengilang sepenuhnya HRC dalam siri perlumbaan ini.

Dengan dominasi pasukan pengilang Yamaha dalam perlumbaan ini sejak tiga tahun yang lalu, Honda kini memutuskan untuk mempertingkatkan usaha dengan membawa masuk pasukan pengilang HRC mereka sendiri, beserta penunggang handalan mereka, dan jentera yang menakjubkan ini.

Dari segi spesifikasinya, motosikal Honda CBR1000RRW 2018 ini cukup berbeza daripada motosikal yang sedang digunakan oleh Leon Camier dan Jake Gagne dalam WorldSBK. Beberapa faktor telah ditambah bagi membantu menyesuaikannya dengan gaya perlumbaan ketahanan.

Kelengkapan seperti aturcara roda khusus untuk pertukaran tayar yang amat pantas, lampu yang berfungsi, bahagian badan yang diubahsuai, dan kelengkapan elektronik Magneti Marelli adalah sebahagian daripada tambahan bagi memastikan yang pasukan HRC mampu kekal di kelompok hadapan.

Spesifikasi yang lain seperti pakej suspensi Ohlins, brek Nissin, tayar Bridgestone, serta bermacam-macam lagi telah dilengkapi pada jentera pasukan pengilang ini. Tiada sebarang berita mengenai siapakah penunggangnya di Suzuka nanti, selain daripada Takumi Takahashi yang merupakan penunggang uji pasukan HRC yang juga pelumba ketahanan yang berpengalaman.

Soalan yang seterusnya sudah pasti siapakah penunggang-penunggang yang lain. Tidak menghairankan sekiranya mereka dapat menarik Marc Marquez dan Dani Pedrosa untuk mengemudinya nanti.

MotoGP: Johann Zarco Bakal Menyertai Repsol Honda?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]