Raksasa Dua Lejang Suter MMX500 Kembali Ke Isle of Man TT

  • Jentera raksasa dua lejang, Suter MMX500 akan kembali ke pertandingan Isle of Man TT 2018.
  • Dijana oleh enjin dua V4 lejang 580cc, motosikal MMX500 ini menghasilkan 195hp dengan berat hanya 125kg.
  • Ian Lougher sekali lagi akan mengemudi satu-satunya motosikal dua lejang dalam kategori Senior TT, bersaing dengan jentera empat lejang yang lain.

Suter telah mengumumkan kemunculan semula mereka dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018, di mana mereka sekali lagi akan mempertaruhkan jentera raksasa dua lejang, Suter MMX 500. Ini sudah pasti merupakan satu berita yang baik bagi pengeluar dari Switzerland itu memandangkan mereka terpaksa menarik diri dari pertandingan tahun lalu akibat kekurangan kakitangan.

Jentera dua lejang V4 580cc tersebut mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebutan namun ianya terbantut akibat keputusan perlumbaan mereka yang terdahulu. Walaupun jentera 195hp ini hanyalah seberat 125kg sahaja, mereka hanya mampu menduduki tempat ke-34 dalam perlumbaan Senior TT 2016, bersama penunggang handalan, Ian Lougher.

Untuk tahun ini, Lougher sekali lagi akan mengemudi jentera yang telah dia bantu bangunkan dan menurut Pengerusi Suter, Eskil Suter, motosikal MMX50 ini telah menjalani penambahbaikan yang ketara, terutamanya dari segi kebolehtunggangan. Jentera dua lejang ini dikatakan berjaya mencecah kelajuan purata 210km/j di litar Mountain Course.

Suter juga telah menyatakan bahawa mereka juga telah memperbaiki keluaran kuasa enjin motosikal tersebut, yang mana ianya akan membantu pemenang TT sebanyak 10 kali, Ian Lougher, untuk mengemudinya dengan lebih pantas daripada sebelum ini. Perlumbaan Isle of Man TT pada tahun ini sudah pasti akan menjadi lebih menarik lagi dengan adanya satu-satunya jentera perlumbaan dua lejang bersaing dengan jentera raksasa empat lejang yang lain dalam kategori Senior TT.

Perlumbaan Isle of Man TT 2018 akan berlangsung bermula dari 26 Mei hingga 8 Jun 2018. Satu nota sampingan yang menarik, Suter akan menjual jentera MMX500 yang digunakan sewaktu perlumbaan Isle of Man TT 2016. Bagi mereka yang berminat bolehlah menghantar emel terus kepada [email protected].

https://youtu.be/lbExMAifZHA

Isle of Man TT: John McGuinness Menyertai Norton!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]