Harley-Davidson Petaling Jaya Dibuka Secara Rasmi

  • Pengedar sah Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini.
  • Ianya merupakan pengedar sah yang pertama sejak Harley-Davidson bertukar rakan pengedar rasmi.
  • Lebih banyak kedai pengedar sah akan dibangunkan di seluruh Malaysia.

Petaling Jaya, 9 Mac 2018 – Harley-Davidson Motor Company bersama dengan DIDI Resources Sdn. Bhd., pengedar tunggal yang baru mereka lantik, telah secara rasminya melancarkan kedai pengedar sah Harley-Davidson Petaling Jaya, yang terletak di The Gasket Alley.

Kedai pengedar sah yang baru ini adalah yang pertama dalam jaringan pengedar bebas “segar” di Malaysia; dan oleh kerana Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) ini terletak di The Gasket Alley, bilik pamerannya akan diletakkan di bawah seliaan Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. adalah sebahagian daripada Goh Brothers Capital, yang cukup terkenal sebagai pakar bagi beberapa buah jenama automotif di Malaysia.

Kedai pengedar sebesar 20,000 kaki per segi (1858 meter per segi) itu akan menawarkan rangkaian penuh motosikal Harley-Davidson, terdiri daripada rangkaian Softail 2018, Road Glide Special, dan yang utama sekali, edisi terhad 115th Anniversary. Harley-Davidson Motor Company sedang meraikan ulang tahun ke-115nya pada tahun ini. Sebuah pengedar sah itu pasti tidak lengkap jika ia tidak menawarkan barangan cenderamata rasmi, rangkaian pakaian jenama tersebut, alat ganti serta aksesori.

Harley sedia maklum yang motosikal yang hebat memerlukan sokongan perkhidmatan selepas jualan yang sama hebatnya. HDPJ menjanjikan perkhidmatan selepas jualan terbaik dalam kelasnya, selain daripada inventori lengkap alat ganti. Selain itu, mereka juga telah menyediakan enam kawasan perkhidmatan penyelenggaraan yang lengkap dengan peralatan, di samping pusat kerja badan dan cat. Ke semua juruteknik yang ada di HDPJ tersebut telah dilatih di Harley-Davidson University.

Dan seperti kelaziman bagi setiap pengedar Harley, HDPJ juga turut akan mengumumkan pembentukan HOG (Harley Owners’ Group) Petaling Jaya Chapter Malaysia yang baru. Dengan adanya HOG, para pemilik Harley dapat mengekalkan kesetiaan pada jenama tersebut dan berkongsi minat yang sama, dan dengan itu, membina ikatan persaudaraan. HDPJ akan menganjurkan lebih banyak tunggangan, aktiviti, dan acara pada masa yang akan datang, bermula dengan penyertaan 500 orang penunggang untuk tunggangan sulung Petaling Jaya Chapter Malaysia esok (10 Mac 2018) dari HDPJ ke Tanjung Malim. Akan ada 1,500 orang pemilik Harley-Davidson yang lain yang akan menyambut pembukaan kedai pengedar sah yang baru ini setibanya mereka dari tunggangan tersebut.

Pelancaran yang telah dikhususkan untuk media ini telah dihadiri oleh Encik Johan Kleinstuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Market, Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi DIDI Resources Sdn. Bhd., dan Encik Goh Kian Sin, Pengerusi Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd., beserta sekumpulan besar pemilik Harley.

Pihak media telah diberikan peluang untuk melihat sendiri bilik pameran yang baru disiapkan, di mana tiga pemilik pertama bagi motosikal yang telah dibeli dari HDPJ telah memperagakan motosikal mereka. Mereka kemudiannya beransur untuk menikmati jamuan dan menuju ke kawasan bengkel sejurus selepas itu.

Harley-Davidson Petaling Jaya terletak di The Gasket Alley, Lot 15, Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

GALERI GAMBAR

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply