Mari Bersama Kita Sertai Kempen Derma Darah Kawasaki Motors Malaysia!

Advertisements

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan satu kempen derma darah pada 17 Mac 2018 (Sabtu) di AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
  • Acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan semua dijemput hadir.
  • Bagi mereka yang menderma akan mendapat satu t-shirt percuma dari KMSB beserta peluang untuk memenangi hadiah istimewa dari sesi cabutan bertuah.

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan satu kempen derma darah yang istimewa pada hari Sabtu yang berikutnya (17 Mac 2018). Diadakan di AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kempen ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang bersama dengan sokongan dan bantuan daripada Pusat Darah Negara (PDN).

Kempen derma darah ini telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat KMSB dan hingga ke hari ini, mereka telah berjaya melaksanakan kempen ini untuk 10 tahun. Bantuan yang telah mereka berikan selama satu dekad itu cukup menakjubkan dengan bantuan dari para penunggang motosikal sekalian, kita pasti akan dapat membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan setiap sumbangan yang diberikan.

Bagi acara derma darah yang akan berlangsung pada 17 Mac 2018 di AEON Big Wangsa Maju nanti, KMSB juga turut akan menganjurkan satu tunggangan konvoi dari ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia di Glenmarie, Shah Alam, bermula dari jam 8 pagi. Parkir percuma dan sarapan pagi akan disediakan bagi mereka yang ingin menyertai konvoi ke kempen derma darah tahunan mereka.

Bagi memeriahkan lagi acara tersebut, KMSB juga turut mengadakan beberapa aktiviti tambahan seperti sesi cabutan bertuah pada jam 12.30 tengah hari dan pada jam 4.30 petang. Mereka yang berjaya menderma darah pada hari tersebut juga akan membawa pulang t-shirt rasmi Kawasaki Motors Malaysia.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, layarilah laman Facebook rasmi KMSB. Mari kita sama-sama memainkan peranan kita dan pada masa yang sama “Let the Good Times Roll!”

Kawasaki Z900RS 2018 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia! Dari RM67,900!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.