Mari Kita Bantu Eastern Bobber Bersedia Untuk Ke INTERMOT Jerman Dengan Penuh Bergaya!

  • Eastern Bobber memerlukan bantuan dana anda bagi mewakili Malaysia di INTERMOT Jerman pada tahun ini.
  • Pembuat motosikal buatan khas, Omar Jumiran, beserta karya ciptaannya, Bone-X, akan bertanding di “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018”.
  • Dia akan menjadi warga Malaysia pertama yang akan bertanding di sana dan memerlukan segala bantuan (dan dana) yang dia boleh bagi mewakili Malaysia sebaik yang dia boleh.

Pembina motosikal buatan khas negara, Omar Jumiran, dari Eastern Bobber telah diumumkan pada baru-baru ini sebagai pembina dari Malaysia pertama yang akan bertanding di INTERMOT di Jerman bagi “AMD World Championship of Custom Bike Building” yang akan diadakan pada hujung tahun ini.

Mahakaryanya yang bergelar Bone-X baru-baru ini telah memenangi anugerah “Best Custom Bike of 2017” di acara Motonation tahun lalu dan pada bulan Oktober 2018 nanti, mereka akan menuju ke Jerman untuk merebut gelaran jentera buatan khas tercantik dunia.

Walaupun Motonation akan menaja penuh perjalanan beserta pengangkutan bagi kedua-dua motosikal dan pembina ke INTERMOT, melalui pertemuan kami baru-baru ini dengan Abang Omar, kami mendapat tahu bahawa motosikal tersebut masih belum bersedia untuk pertandingan bertaraf dunia, bersaing dengan yang terbaik di antara yang terbaik. Bagi menyaingi jentera-jentera yang lain, Bone-X perlu melalui beberapa lagi proses ‘pencantikan’ dan ianya bukanlah satu proses yang murah.

Abang Omar kini sedang mencari dana bagi menyempurnakan lagi mahakaryanya itu dan dia merancang untuk menjual beberapa motosikal buatan khas yang telah dia reka sebelum Bone-X. Kami telah berjumpanya semalam di Wilayah International MotoFest 2018 dan sesiapa sahaja boleh melawatnya bagi untuk menderma atau pun membeli motosikal buatan khas yang sedia untuk dijual.

motosikal buatan khas “Batman Batpod cycle” juga untuk dijual!

 

Bone-X dan keseluruhan hasil karya Eastern Bobber akan berada di Wilayah International Motofest yang berada di Dataran Merdeka sehingga ke penghujung hari ini jadi bagi mereka yang bermurah hati inigin membantu atau berjumpa dengan Abang Omar sacara peribadi bolehlah mengunjunginya di sana. Bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh juga menderma dengan menyalurkan derma anda ke akaun bank peribadinya di :

Bank: Maybank
Nama Pemilik Akaun: Omar@Maharani bin Jumiran
Nombor Akaun: 162021544753

Abang Omar dari Eastern Bobber akan menjadi warga Malaysia pertama yang akan muncul di “AMD World Championship of Custom Bike Building” yang diadakan setiap tahun di Jerman, jadi, marilah kita bersama-sama membantunya yang akan mewakili negara kita untuk tiba di sana dengan penuh bergaya! #MalaysiaBoleh!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Abang Omar, Eastern Bobber, serta motosikal buatan khas Bone-X, tekan pautan yang ada di bawah ini.

Arca Dua Roda Bone-X Karya Eastern Bobber

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]