MotoGP: Randy Mamola Yang Terkini Dinamakan Sebagai Legenda MotoGP!

  • Randy Mamola telah menjadi penunggang terbaru yang akan dianugerahkan dengan gelaran Legenda MotoGP.
  • Pelumba Amerika Syarikat berusia 58 tahun telah dikenali sebagai penunggang paling berjaya yang tidak pernah memenangi sebarang kejohanan.
  • Sepanjang penyertaannya dalam perlumbaan MotoGP, dia telah berjaya merangkul 13 kemenangan perlumbaan dan 57 penamat di atas podium yang lain.

Dianugerahkan dengan gelaran Legenda MotoGP adalah salah satu kehormatan yang besar buat sesiapa sahaja yang ada dalam industri perlumbaan motosikal. Dengan hanya 25 orang penunggang sahaja yang tersenarai pada masa ini, jumlah itu bakal ditambah lagi dengan penyertaan seorang tokoh terbaru dalam anugerah berprestij itu dan ianya tidak lain dan tidak bukan, Randy Mamola.

Mamola pernah bersaing dengan pelumba terbaik yang ada dalam arena MotoGP dan lebih dikenali sebagai penunggang paling berjaya di dalam MotoGP yang tidak pernah memenangi sebarang kejohanan. Secara keseluruhannya, dia telah merangkul 13 kemenangan perlumbaan dan 57 penamat di atas podium yang lain sepanjang kerjaya 13 tahunnya dalam siri perlumbaan MotoGP.

Berusia 58 tahun, penunggang legenda dari Amerika Syarikat ini adalah nama popular dalam dunia MotoGP semasa. Kami juga telah bernasib baik dan mendapat peluang untuk berbual dengan legenda ini sewaktu pusingan MotoGP di Sepang pada tahun lalu.

Bermula dengan kemenangan pertamanya pada tahun 1980, sewaktu zaman kegemilangan jentera raksasa dua lejang 500cc, sehinggalah ke kemenangan terakhirnya tujuh tahun selepas itu di GP San Marino, Randy Mamola kini telah menyertai Giacomo Agostini, Mick Doohan, Mike Hailwood, Kenny Roberts, Casey Stoner, Nicky Hayden, dan lain-lain lagi.

Upacara penganugerahan rasmi tersebut akan berlangsung sewaktu Pusingan MotoGP US di Circuit of the Americas. Tahniah diucapkan kepada Randy
Mamola!

Sumber: MotoGP

Cal Crutchlow Menerjah Masuk Majlis Makan Malam Randy Mamola!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]