Honda X-Blade 2018 Diperkenalkan Di Auto Expo 2018

  • Honda Motorcycle and Scooter India Pvt. Ltd. secara rasminya telah melancarkan motosikal Honda X-Blade 2018.
  • Motosikal 160cc terbaru ini disasarkan untuk golongan milennial India dengan imbangan antara rekabentuk yang ‘sporty’ dan juga futuristik.
  • Enjin satu silinder 160cc-nya itu mampu menjana sehingga 14hp dan 13.9Nm tork maksimum.

Honda Motorcycle and Scooter India Pvt. Ltd. telah mengujakan orang ramai pada pertunjukan Auto Expo 2018, di mana mereka telah memperkenalkan sejumlah 11 buah model mereka yang terkini, termasuk salah sebuah model utama mereka, Honda X-Blade 2018. Motosikal 160cc serba baru itu telah dilancarkan bersama dengan enam buah model domestik yang lain beserta empat buah unit global.

Berikutan kejayaannya pada tahun lalu di mana Honda telah menjual sekitar 19 juta unit di 120 buah negara, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Perwakilan, Honda Motor Co., Ltd., Japan, Encik Takahiro Hachigo telah menyatakan ” India sebagai pasaran motosikal terbesar Honda kini telah menyumbangkan hampir satu pertiga daripada jualan motosikal global Honda.”

“Global Honda akan terus memberikan sokongan penuh kepada operasi motosikal India kami. Dengan membekalkan model yang lebih canggih beserta ciri-ciri terbaik dalam segmen, kami akan mencipta nilai lebih tinggi pada harga yang berpatutan dan menukar jangkaan pengguna menjadi realiti.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disasarkan untuk golongan milennial negara tersebut, motosikal X-Blade 2018 ini dilengkapi dengan penggayaan serta spesifikasi yang akan menarik minat segolongan besar penggemar motosikal. Dengan visi imbangan sempurna antara ‘sporty’ dan praktikaliti, ianya didatangkan dengan enjin satu silinder 160cc yang mampu menghasilkan sehingga 14hp pada 8,500rpm dan 13.9Nm tork pada 6,000rpm.

Berbanding dengan motosikal Honda RS150R yang teramat popular di dalam negara kita ini, motosikal X-Blade 2018 menghasilkan 1.4hp kurang tetapi 0.4Nm tork lebih daripadanya. Kami rasakan yang enjin 160ccnya itu telah ditala untuk lebih cekap bahanapi dan lebih mudah untuk dilakukan perkhidmatan penyelenggaraan dalaman.

Tidak lagi pengumuman tentang harga motosikal Honda terbaru di India ini, tetapi, kita sudah dimaklumkan akan lima warna yang akan disediakan; Matte Marvel Blue Metallic, Matte Frozen Silver Metallic, Pearl Spartan Red, Pearl Igneous Black, dan Matte Marshal Green Metallic.

Sumber: xBhp

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]