Memperkenalkan Motosikal Lumba Elektrik MotoE World Cup 2019!

  • Motosikal lumba elektrik MotoE World Cup 2019 telah diperkenalkan secara rasmi semalam.
  • Enel telah diumumkan sebagai penaja rasmi bagi siri perlumbaan motosikal eletrik satu buatan ini.
  • Motosikal superbike elektrik perlumbaan Energica Ego ini mampu menghasilkan 147hp dan 200Nm tork maksimum.

Dorna secara rasminya telah memperkenalkan motosikal lumba elektrik yang akan mereka gunakan dalam MotoE World Cup 2019 yang bakal tiba, semalam. Pengenalan jentera perlumbaan Energica Ego telah dibuat oleh pegawai keselamatan dan penunggang pembangunan projek MotoGP, Loris Capirossi.

Motosikal lumba ini adalah versi yang diubahsuai daripada motosikal superbike elektrik kegunaan jalan raya buatan Energica yang mana mampu menghasilkan sehingga 147hp dan 200Nm tork maksimum dari 0 hingga 5,000rpm. Dengan kelajuan tertinggi 250km/j, motosikal MotoE Energica Ego mampu mencecah 100km/j dalam masa kurang daripada 3 saat dari kedudukan pegun.

Ianya juga telah diumumkan semalam bahawa Enel bakal menjadi penaja utama bagi siri perlumbaan motosikal elektrik satu buatan yang akan berjalan serentak dengan kejohanan MotoGP. Enel adalah pengeluar multinasional dari Itali dan juga pengedar gas dan elektrik yang bertapak di Rom, Itali. Mereka akan membekalkan ke semua stesen pengecas di mana Dorna mendakwa motosikal boleh dicas penuh dalam masa 30 minit.

Bermula dari tahun 2019, struktur perlumbaan 10-pusingan ini akan terdiri daripada lima pusingan perlumbaan di sekitar Eropah di mana akan ada 18 tempat yang disediakan bagi pasukan satelit MotoGP (14 tempat), Moto2 (dua tempat), dan Moto3 (dua tempat). Walaupun motosikal perlumbaannya tampak amat menarik sekali, buat masa ini, tiada lagi sebarang pengumuman mengenai para penunggangnya lagi.

Ujian pra-musim yang pertama bagi Enel MotoE World Cup akan berlangsung di Jerez pada hujung bulan ini. Menjelang waktu itu, kita mungkin sudah akan mendengar beberapa nama yang pasti akan menarik perhatian ramai kepada siri perlumbaan motosikal elektrik yang baru ini.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk sebarang perkembangan selanjutnya.

Energica Diumumkan Sebagai Pembekal Motosikal Rasmi Untuk Moto-e World Cup 2019!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]