Satu Lagi Tahun Yang Hebat Buat BMW Motorrad Pada Tahun 2017

  • Ianya merupakan satu lagi tahun yang hebat buat jualan seluruh dunia BMW Motorrad pada tahun 2017.
  • Peningkatan ini boleh dianggap disebabkan oleh pengenalan model-model yang baru.
  • Rangkaian yang baru termasuklah motosikal-motosikal untuk hampir setiap segmen, termasuklah motosikal berkapasiti lebih kecil.

Untuk tahun yang ke-tujuh berturut-turut, BMW Motorrad telah mencatatkan rekod jualan di seluruh dunia yang baru.

Pengeluar tersohor dari Jerman itu telah menjual sejumlah 145,032 buah motosikal pada tahun 2016. Bagi tahun 2017 pula, mereka telah berjaya menjual sejumlah 164,153 unit, peningkatan sebanyak 13.2 peratus.

Dalam negara kita, Malaysia, BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan beberapa buah motosikal bagi tahun 2017, yang mana di antaranya adalah motosikal S 1000 RR, S 1000 R, R 1200 GS Rallye, K 1600 GT, R nineT Urban GS dan dua model dalam rangkaian motosikal berkapasiti kecil, G 310 R dan G 310 GS.

Hasil jualan motosikal BMW meningkat sebanyak 5 peratus pada tahun 2017 di Malaysia.

Menurut sebaran akhbar ibu pejabat BMW Motorrad, peningkatan ini telah dipacu oleh rangkaian GS, dan juga siri S. Rangkaian G 310 bukan sahaja disambut baik di pasaran sasarannya, Asia dan Amerika Selatan, tetapi juga di Eropah di mana ianya menjadi pilihan penunggang baru.

Malah, bahagian terbesar dari peningkatan jenama berkenaan adalah di Eropah, yang mana ianya telah menyumbang sehingga lebih dari 15 peratus berbanding tahun 2016. Dari jumlah tersebut, Perancis bertambah sebanyak 24.3 peratus, Itali dengan 17.3 peratus dan Sepanyol meningkat sebanyak 17.6 peratus. Bagaimana pun, peningkatan terbesar masih lagi dapat di lihat di Jerman yang telah menyumbang 7.1 peratus peningkatan.

Apakah pelan masa depan BMW Motorrad? Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran BMW Motorrad, Timo Resch, berkata, “Kami menjangkakan lebih banyak peningkatan dalam jualan kenderaan kami untuk tahun 2018 juga. Kami mengharapkan impak positif yang dihasilkan dengan pelancaran motosikal F 750 GS dan F 850 GS yang serba baru, beserta dengan pelancaran skuter saiz sederhana C 400 X yang dinantikan ramai. Memperluaskan rangkaian produk mobiliti urban kami adalah topik utama bagi masa depan BMW Motorrad.”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]