Galeri Gambar Ujian Musim Sejuk Sepang MotoGP 2018

 

  • Ujian musim sejuk Sepang MotoGP 2018 menyaksikan Jorge Lorenzo dari pasukan Ducati menetapkan catatan masa terpantas dengan 1:58.830.
  • Dani Pedrosa dari Repsol Honda mengekori rapat di belakang di atas jentera Honda RC213V-nya dengan catatan masa 1:59.009.
  • Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL) melengkapkan tiga teratas dengan catatan masa 1:59.052.

Ianya merupakan tiga hari ujian musim sejuk Sepang MotoGP 2018 di mana ianya bermula dengan hujan yang lebat pada hari Ahad namun cuacanya bertukar menjadi lebih baik buat keseluruhan sesi tersebut. Penunggang muda mahu pun yang veteran telah mencatatkan masa pusingan yang sangat pantas di atas jentera perlumbaan mereka, namun, yang berjaya mencuri tumpuan semua adalah Jorge Lorenzo dari pasukan pengilang Ducati.

Masa terkumpul untuk ketiga-tiga hari berkenaan telah menyaksikan Lorenzo berada di kedudukan anak tangga teratas dengan catatan masa yang amat pantas, 1:58.830, yang mana telah memecahkan rekod tahun 2015 yang telah dicatatkan oleh Dani Pedrosa. Jentera Ducati Desmosedici GP18 yang baru ini telah mendapat maklum balas yang positif menurut kata penunggang uji utama mereka, Casey Stoner.

Dani Pedrosa mencatatkan masa pusingan ke-dua terpantas bagi ujian musim sejuk MotoGP 2018 dengan catatan masa 1:59.009. Ianya satu pencapaian yang amat menakjubkan, memandangkan kedua-dua Pedrosa dan Marc Marquez (yang berada di kedudukan ke-tujuh terpantas dengan catatan masa 1:59.382) secara amnya sedang menguji tiga buah motosikal berbeza dengan tiga tatarajah enjin yang berbeza.

Cal Crutchlow (LCR Honda CASTROL), memanfaatkan kelebihan jentera Honda RC213V barunya itu dengan mencatatkan masa 1:59.052, meletakkannya di kedudukan ke-tiga teratas. Crutchlow adalah salah seorang daripada dua penunggang pasukan persendirian yang berada di kedudukan sepuluh teratas. Penunggang yang satu lagi adalah Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang berada di P9 secara keseluruhan dengan catatan masa 1:59.511.

Andrea Dovizioso (Ducati Team) menduduki P4 dengan catatan masa yang menakjubkan, 1:59.169, diikuti rapat oleh Jack Miller (Alma Pramac Racing), dan Alex Rins (Suzuki ECSTAR).

Ianya cukup menarik sekali menyaksikan perkembangan Jack Miller yang menyertai pasukan Pramac dan mengemudi jentera Ducati mereka.

Penunggang paling veteran di atas grid sudah semestinya Valentino Rossi dari Movistar Yamaha MotoGP yang berada di kedudukan P8 dengan catatan masa 1:59.449, diikuti oleh Johann Zarco dan Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing), yang mana mereka inilah sepuluh penunggang terpantas bagi sesi ujian musim sejuk Sepang kali ini.

Ducati muncul unggul pada ujian kali ini, diekori rapat oleh Honda. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya di mana ujian pra-musim akan diteruskan dalam masa dua minggu di Buriram, Thailand.

Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018: Rumusan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]