Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 Dilancarkan Secara Rasmi Di Plaza Tol Sungai Besi

 

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan secara rasminya telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 pada awal hari ini.
  • Ini adalah tahun yang ketiga berturut-turut KMSB telah menganjurkannya di Plaza Tol Sungai Besi bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.
  • Ke semua penunggang motosikal akan boleh melakukan pemeriksaan keselamatan motosikal mereka secara percuma tanpa mengira jenis mahu pun jenama.

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah secara rasminya melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 pada awal hari ini. kempen keselamatan jalan raya tersebut telah diadakan sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) KMSB bagi meningkatkan lagi kesedaran akan keselamatan jalan raya menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai, kempen ini dilancarkan pada jam 9 pagi dan akan berterusan sehingga jam 6 petang hari ini. Diadakan di Plaza Tol Sungai Besi (arah selatan), para penunggang motosikal yang datang dengan pelbagai jenis dan jenama motosikal boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan keselamatan yang akan dikendalikan oleh kakitangan terlatih dari Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki. Pemeriksaan keselamatan 16 bahagian ini adalah secara percuma.

Bagi mereka yang telah mendaftar dengan awal akan membawa pulang helmet Swan yang serba baru dengan jaket ‘windbreaker’ keterlihatan tinggi, hadiah dari AEON Credit Service dan syarika insurans Tokio Marine. Bersama dengan tema “Fikir Keselamatan, Tunggang dengan Bertanggungjawab”, KMSB bersama dengan rakan kongsi acara telah menyertai program ini bagi menggalakkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dan penyelenggaraan motosikal yang tepat.

Hadir sewaktu acara pelancaran tersebut adalah Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (Malaysian Motorcycle and Scooter Dealer Association – MMSDA), YB. Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki Motors Malaysia serta wakil-wakil dari JPJ, KKR, PLUS, PDRM, JKJR, Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, AEON Credit Service, KHI Helmet, Bridgestone dan bermacam-macam lagi.

KMSB telah menyedari yang 63% daripada kemalangan jalan raya dalam tempoh 10 tahun yang lalu telah melibatkan penunggang motosikal, yang mana ia merupakan 40,609 kes. 80% daripada jumlah tersebut telah disebabkan oleh kecuaian serta kesilapan pengguna jalan raya. KMSB bersama dengan pihak lain yang terlibat berharap bahawa kempen ini dapat meningkatkan kesedaran untuk ke semua pengguna jalan bagi menjadikan mereka lebih berhemah di atas jalan raya.

Bersama, kita dapat membawa kelainan sekiranya semua pengguna jalan raya dapat bertindak lebih berhemah di atas jalan raya. Utamakan keselamatan, tuan-tuan dan puan-puan!

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2017

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]