Biski, Skuter Amfibia Yang Boleh Berubah Menjadi Sebuah Jetski!

  • Skuter Biski adalah sebuah skuter amfibia yang secara asasnya boleh ditunggang di atas jalan raya mahu pun air.
  • Dengan menekan sebuah butang, anda boleh menukar motosikal tersebut menjadi sebuah jet ski dalam masa kurang dari lima saat.
  • Gibbs Amphibians telah dikenali ramai kerana jentera menakjubkannya yang lain seperti Triski dan Quadski.

Anda pernah berangan-angan menjadi James Bond? Tinggal di kawasan yang berhampiran tasik, sungai mahu pun laut yang memanggil-manggil anda untuk bersuka ria? Atau anda hanya inginkan sesuatu yang kecil, praktikal dan secara asasnya boleh bergerak di atas kedua-dua permukaan bumi mahu pun air? Gibbs Amphibians dari UK ada jawapannya untuk anda!

Kami perkenalkan kepada anda skuter Biski, sebuah skuter dua roda yang boleh bergerak dengan lancar sekali di atas muka bumi dan juga di atas permukaan air dengan sentuhan satu butang. Skuter Biski ini merupakan kenderaan amfibia terkecil pengeluar berkenaan yang dijana oleh enjin dwi silinder yang menghasilkan sehingga 55hp.

Ini akan memberikan skuter tersebut kelajuan tertinggi sekitar 128km/j di atas jalan raya dan hampir 60km/j di atas air! Ianya agak menakjubkan memandangkan skuter yang lebih besar sedikit ini seberat 228kg. Apa cirinya yang paling menakjubkan sekali? Anda boleh tunggangi skuter ini terus ke dalam air, tekan satu butang bagi menukarnya dan terus menikmati ciri jetskinya dalam masa kurang dari lima saat!

Selain daripada skuter Biski yang mengujakan ini, Gibbs Amphbians juga mempunyai pelbagai jenis kenderaan amfibia yang lain bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza. Antaranya adalah Triski yang beroda tiga yang mana ianya seperti sebuah Can-Am Spyder yang boleh ditunggangi di atas air, Quadski yang telah dipopularkan oleh Jeremy Clarkson sewaktu dia menunggangnya menyeberangi sebuah tasik dalam satu perlumbaan epik dengan rakan pengacaranya dan pelbagai lagi jentera menakjubkan yang lain.

Triski

Kami merasakan yang jentera sebegini berpotensi untuk mendapat sambutan hangat di dalam negara kita Malaysia, memandangkan kekerapan hujan dan banjir kilat yang berlaku sewaktu musim tengkujuh ini. Dengan adanya kenderaan sebegini anda tidak lagi perlu risau sekiranya jalan ditenggelami air. Tekan sahaja butang dan anda boleh sahaja meredahnya tanpa sebarang masalah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Gibbs Amphibians, TEKAN SINI.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]