Helmet HJC RPHA 70 Iron Man Homecoming – RM2,779!

  • HJC Helmet Malaysia telah membawa masuk helmet sport-touring terkini, HJC RPHA 70 Iron Man Homecoming.
  • Helmet Iron man terbaru ini telah diilhamkan daripada filem Spider-Man: Homecoming keluaran Marvel.
  • Ditetapkan pada harga RM2,779 (harga runcit disarankan), helmet RPHA 70 ini sesuai untuk kegunaan jalan raya yang mana ianya juga diperakui sedia lumba untuk kegunaan di atas litar.

Perhatian buat semua peminat Marvel dan juga penggemar motosikal! Helmet sport-touring HJC RPHA 70 serba baru telah tiba di Malaysia dengan kemasan grafik Iron Man terkini yang didasarkan dari filem Spider-Man: Homecoming yang telah ditayangkan pada bulan Julai 2017 yang lalu.

Kami di sini amat menggemari helmet HJC dan juga peminat tegar ‘Marvel cinematic universe’, jadi, helmet ini telah menjadi kegemaran kami. Dan oleh kerana HJC mempunyai perjanjian yang teguh dengan Marvel dalam menghasilkan helmet edisi khas yang amat istimewa, kemasan grafik Iron Man terkini ini sudah semestinya yang terbaik pernah kita lihat buat setakat ini.

TEKAN SINI untuk membaca ulasan kami mengenai helmet sport-touring terbaru mereka, HJC RPHA 70!

Ujian Dan Ulasan Helmet HJC RPHA 70

Untuk kali ini, lebih banyak perincian halus boleh didapati padanya, yang mana ianya menjadikan helmet edisi terhad ini lebih mengagumkan setiap kali anda menelitinya. Yang paling kami gemari adalah kemasan stiker Stark Industries pada bahagian sisinya serta reaktor arka berwarna biru pada bahagian belakang helmet RPHA 70 ini, diilhamkan daripada elemen baru yang ditemui Tony Stark dalam filem kedua Iron Man.

Helmet sport-touring RPHA 70 ini sebenarnya merupakan sebuah helmet diperakui sedia lumba yang telah diubah suai untuk lebih keselesaan, terutamanya sewaktu menunggang di atas jalan raya. Ianya di antara helmet yang lebih baik ada di dalam pasaran yang boleh menangani kedua-dua penunggangan jalan raya dan juga di atas litar dengan cukup baik sekali, yang mana ianya amat menakjubkan.

Tempurungnya diperbuat daripada bahan yang diperkukuh, dinamakan ‘Premium Integrated Matrix’ (Matrik Bersepadu Premium) atau P’.I.M Plus’, yang mengandungi karbon dan fabrik hibrid karbon-kaca. Ianya membekalkan prestasi penyerapan hentakan yang dipertingkatkan bersama dengan keselesaan tahap tinggi di samping memastikan helmet itu agak ringan (1,500 gram).

HJC Helmet Malaysia telah menetapkan harganya pada RM2,779 (harga runcit disarankan). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai helmet yang cantik ini yang juga telah dilancarkan bersama dengan helmet full-face HJC CS-R3 Spider-Man, TEKAN SINI. Selain itu, anda juga bolehlah melayari laman Facebook rasmi HJC Helmet Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]