Tawaran Hebat Beserta Tunggang Uji KTM di NKS Sports Bikers Jalan Sentul! Hanya Untuk 2 Hari!

 

  • NKS Sports Bikers sedang menganjurkan sebuah acara teramat istimewa NKS Max Out bersama dengan KM Orange Day.
  • Para hadirin boleh menunggang uji motosikal-motosikal KTM terkini seperti KTM 250 Duke dan 390 Duke dan pemeriksaan motosikal KTM percuma dan pelbagai tawaran mengagumkan untuk helmet-hemet HJC dan Gracshaw, tayar Michelin, minyak pelincir Elf Lubricants, serta bermacam-macam lagi.
  • Datanglah ke Jalan Sentul dari jam 10 pagi hingga 6 petang bagi mendapatkan tawaran serta diskaun yang hebat tetapi ianya hanya untuk hari ini dan esok (29 hingga 30 Disember 2017)!

 

NKS Sports Bikes Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Sentul, Kuala Lumpur, sedang menganjurkan sebuah acara ekstravaganza selama dua hari di mana mereka yang menghadiri acara berkenaan dapat menunggang uji motosikal terbaru dari KTM Malaysia, serta pelbagai lagi tawaran menarik yang lain. Dinamakan sebagai NKS Max Out, ke semua tawaran serta diskaun hanyalah terhad untuk hari ini dan juga esok (30 Disember 2017) bersama dengan KTM Orange Day.

Ke semua pengunjung akan berpeluang untuk menunggang uji motosikal terkini, KTM 250 Duke dan 390 Duke di Jalan Sentul. Bagi anda yang telah mempunyai sebuah motosikal KTM, anda juga turut dijemput untuk mendapatkan pemeriksaan motosikal secara percuma, jualan istimewa, diskaun, serta bermacam-macam lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal KTM Duke 390 2017, anda boleh baca ulasan terperinci kami DI SINI.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan sebuah helmet yang baru juga boleh mengunjungi acara ini di mana mereka juga sedang mengadakan jualan hebat bagi helmet-helmet HJC dan Gracshaw. Diskaun yang diberikan adalah sehingga 50%!

Ianya amat menggoda namun kami terpaksa memilih di antara sebuah helmet baru atau sepasang tayar Michelin baru (yang juga sedang ditawarkan). Pada awalnya penulis hanya ingin meninjau-ninjau acara namun telah pulang dengan sepasang tayar Michelin baru untuk skuter milik penulis.

Dengan erti kata lain, apa yang mereka tawarkan dalam masa dua hari yang singkat ini adalah barangan dan kelengkapan yang cukup menggiurkan sekali. Bagi membaca tentang ulasan kami mengenai helmet sport touring terbaru HJC RPHA 70, TEKAN SINI.

Tawaran-tawaran hebat yang lain termasuklah minyak pelincir Elf Lubricants, cabutan bertuah, dan bermacam-macam lagi. Jadi, sekiranya anda berada di sekitar ibu kota dan berhasrat untuk tampil segak menjelang tahun baru, kunjungilah NKS Sports Bikers yang terletak di Jalan Sentul.

Anda perlulah bersegara kerana tawaran ini hanyalah untuk hari ini dan juga esok (29 hingga 30 Disember 2017) dari jam 10 pagi hingga 6 petang!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]