Motosikal Jalan Raya Empat-Silinder MV Agusta Terbaru Bakal Tiba Pada 2018!

 

  • MV Agusta akhirnya telah mengesahkan yang akan adanya sebuah motosikal jalan raya MV Agusta empat-silinder pada tahun 2018.
  • Sebuah penjana kuasa barunya akan datang dalam bentuk sebuah enjin 1200cc MV Agusta Brutale kerana ianya model paling laris jenama berkenaan.
  • Tiada sebarang berita mengenai enjin empat-silinder baru bagi segmen motosikal lumba buat masa ini.

Selepas timbulnya beberapa buah khabar angin yang menggambarkan masa hadapan MV Agusta, pengeluar motosikal premium dari Itali berkenaan akhirnya telah mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah platform empat-silinder yang serba baru bagi tahun 2018. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Giovanni Castiglioni, para peminat serta penggemar jenama berkenaan boleh mula memasang hajat untuk memiliki sebuah motosikal MV Agusta Brutale 1,200cc.

Berdasarkan fakta yang motosikal jalan raya jenama berkenaan lebih berjaya dari segi jualan berbanding dengan rangkaian motosikal lumba mereka seperti F3 dan F4, ianya tidak menghairankan yang Brutale bakal menjadi model pertama yang akan diberikan kemaskini kuasa yang amat mereka perlukan. Kami sejujurnya ternanti-nanti akan pratonton atau usikannya pada bulan lalu ketika Pertunjukan EICMA di Milan namun ianya tidak kesampaian.

Dari sudut sebaliknya, keadaan tampak suram bagi usaha perlumbaan mereka terutamanya dalam siri WorldSBK di mana pasukan pengilang serta persendirian yang menggunakan jentera MV Agusta 1000 F4 akan menggunakan model semasa mereka sehingga 2019. Pencapaian terbaik MV Agusta adalah bersama Leon Camier (MV Agusta Reparto Corse), di mana dia telah menamatkan musim di tangga ke-lapan secara keseluruhan bagi kejohanan WorldSBK bagi musim 2017.

Dengan masa hadapan kewangan mereka kembali cerah setelah memperolehi semula saham mereka dari Mercedes AMG, tahun 2018 tampak bakal menjadi titik perubahan buat MV Agusta. Bersama dengan sebuah pelaburan besar dari sebuah firma Russia, Black Ocean, motosikal empat-silinder 1,200cc Brutale bakal menjadi salah sebuah penyelamat pertama bagi pengeluar motosikal premium berkenaan.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segenap perkembangan terkini dunia permotoran.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]