X-1R Menonjolkan Produk Mereka Di Motonation 2017

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Kehadiran X-1R di Motonation 2017 adalah bagi menyorotkan perhatian kepada manfaat produk tambahan untuk motosikal dan kereta anda.
  • Ke semua produk-produk mereka telah dipertonjolkan sewaktu festival selama tiga hari berkenaan.
  • Hampir kesemua produk berkenaan boleh digunakan dengan selamat di dalam motosikal.

Nama X-1R sudah cukup sinonim sekali dengan produk perlindungan enjin automotif dan tiada cara yang lebih baik lagi untuk mempertonjolkan kelebihan itu selain daripada membuat kemunculan di festival finale akhir Motonation 2017 yang telah diadakan di PICC baru-baru ini.

X-1R telah berkerjasama dengan ‘National Aeronautics and Space Administration’ (NASA) sejak 22 tahun yang lalu, dan oleh kerana itu, tidak syak lagi yang produk mereka diperakui sebagai produk berteknologi angkasa lepas. Lebih-lebih bahan pelincir keluaran mereka yang telah digunakan pada “The Crawler”, sebuah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut kenderaan angkasa lepas seperti ‘Space Shuttle’ serta roket-roket yang lain dari bangunan pemasangannya ke pelantar pelancar.

Pengetahuan yang telah diperolehi daripada kerjasama ini telah memberikan syarikat berkenaan kelebihan dalam perlindungan enjin dan bahagian-bahagian mekanikal dalam senario dunia sebenar yang amat sukar.

Semasa festival Motonation pada hujung minggu yang lalu, X-1R Asia telah memperagakan dan menjual produk tersohor satu dunia mereka, bermula dengan produk Engine Treatment.

Produk ini telah diformulasi sebagai produk tambahan untuk apa sahaja minyak enjin yang ada dalam enjin kenderaan anda dan berfungsi bagi mengurangkan lagi geseran di antara bahagian-bahagian yang bergerak. Dengan pengurangan geseran ini, ia akan meningkatkan lagi jangka hayat enjin, memperbaiki kecekapan penggunaan bahanapi, mengurangkan suhu pengoperasian enjin, mengurangkan bunyi mekanikal enjin, dan semestinya, mempertingkatkan lagi kecekapan dan prestasi keseluruhan enjin.

Satu varian produk Engine Treatment ini boleh didapati untuk motosikal, dinamakan X-1R Small Engine Treatment. Ianya berfungsi dengan melakukan tugas yang sama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu lagi produk yang telah kami cuba dan sukai adalah X-1R Octane Booster.

Ianya merupakan teman sejati penulis sewaktu pengembaraan jarak jauh, terutamanya ke negara-negara jiran. Produk ini telah banyak membantu penulis sewaktu perjalanan yang telah ditempuhi baru-baru ini ke Kemboja dan menangkis kesan negatif yang timbul akibat menggunakan bahanapi yang tidak diketahui kualitinya. (TEKAN SINI untuk membaca laporan tersebut.)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu lagi produk adalah X-1R Engine Flush, yang amat berguna apabila sudah tiba masanya untuk menukar minyak enjin. Menukar minyak enjin tanpa mengepam keluar ke semua minyak yang lama mungkin akan meninggalkan baki-baki dan keledak pada enjin yang lebih lama, dan akhirnya akan mencemari minyak yang baru itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penulis juga pernah beberapa kali menggunakan X-1R Fuel System Cleaner, terutamanya setelah meninggalkan motosikal di rumah buat beberapa hari atau minggu, tanpa menghidupkannya. Sebatian dalam produk ini mampu menanggalkan sisa perekat dan varnis yang terhasil kerana minyak petrol yang tersejat dalam tangki bahanapi, saluran bahanapi, pam bahanapi, pada bahagian ‘throttle body’ dan juga penyuntik bahanapi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Turut diperagakan adalah produk Diesel Treatment System mereka. Buat masa ini, tiada lagi motosikal janaan diesel, namun produk ini pasti berguna bagi mereka yang menggunakan trak atau lori untuk mengangkut motosikal mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai produk yang terbukti hebat X-1R ini, sila layari laman sesawang X-1R Asia dan juga laman Facebook X-1R Asia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]