Kelab Motosikal Kawasaki Utama Di Malaysia

 

  • Tercari-cari kumpulan motosikal Kawasaki untuk disertai? Di sini kami senaraikan beberapa buah kelab motosikal Kawasaki utama di Malaysia.
  • Antara kumpulan motosikal Kawasaki yang paling aktif di dalam negara kita adalah Kawasaki Owners Group (KOG), Wilhin Motor Group, dan Welly Advance Bikers.
  • Selain itu terdapat juga kelab motosikal Kawasaki Lady Bikers, Z800 HaVoc, ZX-6R / ZX-10R Community Malaysia, Z250 Malaysia, Z900 Malaysia Owners, dan pelbagai lagi kelab-kelab yang lain.

Sumber imej: Wilhin Motor Group

Tunggangan hujung minggu pasti tidak lengkap tanpa tunggangan santai ke tempat lepak kegemaran anda untuk bersarapan pagi atau pun untuk makan tengah hari. Namun, tempat-tempat ini pasti kurang serinya tanpa kehadiran para penunggang dari pelbagai kelab motosikal yang ada.

Sukar untuk kita nafikan yang ke semua konvoi yang telah ditunggangi akan menjadi lebih meriah sekiranya di kelilingi oleh penunggang yang berkongsi minat serta gaya yang sama, bukan? Hari ini, kita akan menyenaraikan beberapa kelab motosikal Kawasaki utama yang telah ditubuhkan di Malaysia.

Salah sebuah kelab yang terbesar dan teraktif sekali apabila adanya tunggangan mahu pun sebarang aktiviti dengan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) adalah Wilhin Motor Group. Mereka sering kali tampil dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan berkaitan dengan motosikal.

Sumber imej: Wilhin Motor Group

Selain daripada tunggangan bersarapan pagi dan TTS (sesi teh tarik) yang biasa diadakan, mereka juga telah menganjurkan satu klinik penunggangan yang berfokuskan teknik asas penunggangan yang betul bagi motosikal berkapasiti tinggi. Ianya satu inisiatif yang bagus sekali oleh pengedar rasmi Kawasaki yang telah bertindak secara proaktif dalam bahagian selepas jualannya.

Sumber imej: Wilhin Motor Group

Satu lagi kumpulan yang ternama dalam kancah motosikal Kawasaki Malaysia adalah kumpulan Welly Advance Bikers. Kelab ini telah diasaskan oleh pengedar rasmi Kawasaki yang terletak di Batu Caves di mana pada setiap hari ahad tidak kira hujan atau panas, anda pasti akan jumpa salah seorang daripada ahli kumpulan mereka bersiar-siar di atas jalan raya.

Sumber imej: Welly Advance

Dikenali ramai atas kerja amal mereka, Welly Advance adalah antara salah sebuah kelab yang paling aktif menyertai sebarang aktiviti yang telah diatur oleh KMSB. Sama ada konvoi bagi membantu pelbagai negara sehinggalah menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya buat rumah-rumah anak yatim, dengan menyertai Welly Advance anda bukan sahaja dapat menghiburkan diri secara fizikal, tetapi juga secara emosi dan juga rohani.

Kelab Kawasaki Owner Group (KOG) juga kerap kali menyertai acara yang telah dianjurkan oleh KMSB. Tidak kiralah sama ada majlis makan malam mahu pun majlis pelancaran, atau apa sahaja yang berkaitan dengan Kawasaki, ahli kelab KOG akan pasti ada di tapak acara memeriahkan keraian tidak kira panas atau hujan.

Salah satu contoh terbaiknya adalah ketika bulan Ramadhan yang lalu di mana KMSB bersama dengan KOG telah bergotong royong memasak bubur lambuk bagi diagihkan ke rumah-rumah anak yatim, balai polis dan juga gelandangan di sekitar Lembah Klang. Mereka juga telah berjaya mengutip sejumlah besar dana yang akan didermakan sewaktu acara memasak bubur berkenaan!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

Ingin menunggang bersama sekumpulan penunggang wanita lain yang lasak dan menakjubkan? Anda tidak perlu risau kerana Kawasaki Lady Bikers adalah kelab yang sesuai untuk anda! Terdiri daripada wanita sepenuhnya, mereka menunggang pelbagai variasi jentera Kawasaki. Sesetengah daripada mereka dikenali kerana kehebatan mereka menunggang selaju (jika tidak lebih laju lagi) daripada penunggang lelaki di kebanyakan hari litar yang telah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang.

Terdapat pelbagai lagi kelab motosikal Kawasaki yang ternama di dalam negara kita yang khusus untuk sejenis model motosikal Kawasaki yang mereka miliki atau ingin miliki suatu hari nanti. Sebahagian daripadanya adalah Z800 HaVoc, ZX-6R / ZX-10R Community Malaysia, Z250 Malaysia, Z900 Malaysia Owners dan bermacam-macam lagi kelab motosikal yang lain.

Jadi, sekiranya anda tercari-cari kelab motosikal untuk disertai untuk berkonvoi bersama, membuat kerja amal, menguji diri di litar, atau pun hanya untuk bersiar-siar di hujung minggu menuju ke tempat bersarapan tumpuan ramai, ketahuilah yang adanya sebuah kelab yang sesuai untuk anda apabila anda memiliki motosikal Kawasaki.

Tidak pasti motosikal manakah yang ingin anda miliki? masih baru lagi dengan motosikal besar? Pilihlah antara Kawasaki Z650 ABS, atau Kawasaki Ninja 650 ABS 2017 dan anda pasti akan berasa amat berpuas hati. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]