Norton Lancarkan Tiga Buah Motosikal Ulang Tahun Ke-50 Norton Commando 961 2018

 

  • Norton telah mengeluarkan tiga buah model ulang tahun e-50 Norton Commando bagi meraikan lima dekad yang penuh kejayaan bagi motosikal Commando.
  • 50 unit bagi setiap model ulang tahun ke-50 Norton Commando 961 Cafe Racer, Sport, dan California akan dihasilkan sebagai model dengan nombor bersiri.
  • Motosikal-motosikal akan dijual secara ‘siapa cepat, dia dapat’, jadi, bersegeralah sekiranya anda inginkan sebuah untuk menjadi milik anda!

Motosikal Norton Commando sudah berusia 50 tahun! Bagi memperingati acara bersejarah ini, Norton akan mengeluarkan 3 buah model ulang tahun ke-50 yang istimewa motosikal Norton Commando 2018 iaitu motosikal Norton Commando 961 Cafe Racer, Norton Commando 961 Sport, dan Norton Commando 961 California.

Model California adalah model tambahan yang terkini dalam rangkaian motosikal Commando 961 yang bercirikan kemasan warna yang menonjol, palang pemegang ‘hanger‘, dan liputan besar chrome yang digilap beserta penegasan karbon yang mengimbau kembali zaman kegemilangan era ‘Americana’ pada tahun 70-an.

Motosikal Commando California 2018 telah direka bagi mempamerkan imej serta posisi yang berbeza sama sekali yang mana ia akan memenuhi keperluan penggemar motosikal yang lebih luas yang lebih menyukai sesuatu yang berbeza daripada apa yang telah disediakan oleh model motosikal Commando Cafe Racer dan Sport yang telah pun boleh didapati.

Ke semua model-model ulang tahun ke-50 Norton Commando ini adalah edisi dengan nombor bersiri dan Norton hanya akan mengeluarkan 50 buah unit sahaja bagi setiap model motosikal ini. Untuk menjadikannya lebih istimewa, Norton merancang untuk menghiaskan setiap satu daripada model ulang tahun berkenaan dengan bahagian karbon digilap buatan khas khusus untuk model-model ini TETAPI pada harga yang sama dengan model standard.

Norton melakukannya sebagai tanda penghargaan untuk segala sokongan dan kasih sayang yang telah mereka terima selama lima dekad yang lalu sejak pelancaran motosikal Commando mereka yang pertama. #GoodGuyNorton

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply