MotoGP: KTM Mengesahkan Bradley Smith dan Pol Espargaro Sebagai Penunggang Mereka Bagi Musim 2018

 

 

  • Pasukan Red Bull KTM Factory Racing telah mengesahkan yang kedua-dua penunggang semasa mereka, Bradley Smith dan Pol Espargaro, akan terus menunggang bagi pasukan itu untuk siri MotoGP musim 2018.
  • Kedua-dua penunggang berkenaan beserta dengan penunggang uji mereka, Mika Kallio, akan meneruskan usaha mereka membangunkan jentera perlumbaan mereka, KTM RC16 MotoGP, untuk lebih berdaya saing bagi musim hadapan.
  • Keputusan terbaik yang telah mereka kecapi buat setakat ini adalah ketika Mika Kallio yang menunggang sebagai ‘wildcard entry” di pusingan GP Austria, di mana dia menamatkan perlumbaannya di kedudukan sepuluh teratas.

 

KTM telah menyebarkan satu sebaran akhbar berkaitan dengan masa depan para penunggang MotoGP semasa mereka iaitu Bradley Smith dan Pol Espargaro. Mereka telah mengesahkan yang kedua-dua penunggang berkenaan akan meneruskan kerjaya MotoGP mereka bersama dengan pasukan pengilang dari Austria itu untuk satu lagi musim dalam tahun 2018.

Sumber imej: Jari Heikkila

KTM juga telah menyatakan bahawa Mika Kallio juga akan kekal sebagai penunggang uji utama mereka bagi tahun 2018. Setelah berbulan-bulan berhadapan dengan khabar angin dan masa depan yang tidak pasti, langkah ini telah membawa penyudah serta memberikan kelegaan buat kedua-dua orang penunggang dan buat keseluruhan pasukan.

Ianya tampak jelas sekali sewaktu sesi kelayakan mereka yang amat hebat pada hujung minggu yang lalu di mana kedua-dua penunggang layak ke sesi Q2 walaupun berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk di Litar Twin Ring Motegi di Jepun. Kedua-dua penunggang ini turut berjaya melayakkan diri pada kedudukan terbaik mereka buat setakat ini di P7 dan P8.

Keputusan perlumbaannya pula bagaimanapun kurang memberangsangkan dengan Pol Espargaro menamatkan perlumbaan di kedudukan P11 dan Bradley Smith pula ketinggalan jauh di belakang di P17. Namun, ianya masih lagi boleh diterima memandangkan yang musim ini merupakan musim pertama mereka di kelas premier di atas jentera perlumbaan KTM RC16 MotoGP yang serba baru.

Untuk membaca laporan penuh perlumbaan pusingan Motul Grand Prix of Japan pada hujung minggu lalu, TEKAN SINI.

Keseluruhan musim ini lebih dianggap sebagai untuk pengujian dan pembangunan jentera KTM RC16 ini yang menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan jentera yang lain yang ada di atas grid litar. Keputusan mereka yang terbaik telah dicapai di litar halaman mereka sendiri di Red Bull Ring. Meskipun begitu, ianya hanyalah penamat 10 teratas sahaja yang berjaya mereka kecapi dengan penunggang uji mereka, Mika Kallio yang menyertai perlumbaan sebagai ‘wildcard entry’.

Walaupun mereka masih agak ketinggalan di belakang, kami pasti yang dengan segala sumber yang mereka ada beserta dengan satu pasukan yang bagus, mereka pasti akan mencapai keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2018 yang akan datang. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini. Apa yang kami pasti tentang KTM adalah mereka akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan yang penunggang serta jentera mereka, “Ready to Race“.

Sumber imej: MotoGP

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]