Harley-Davidson Buatan Khas XL1200 Oleh Thrive – “Kuzuri”

 

  • Motosikal buatan khas Harley-Davidson XL1200 yang bergaya ini telah dibina oleh Thrive.
  • Thrive bertapak di Jakarta, Indonesia.
  • Diberikan nama Kuzuri, ianya telah diilhamkan daripada motosikal buatan khas tradisional Jepun.

Beberapa buah gambar yang menunjukkan sebuah motosikal buatan khas Harley-Davidson XL1200 yang dibina oleh Thrive telah tersebar di atas talian internet baru-baru ini, dan ianya untuk sebab yang baik.

Thrive Motorcycle yang bertapak di Jakarta, Indonesia, mempunyai reputasi yang hebat dengan pembinaan di motosikal buatan khas yang amat cantik sekali. Yang terbaru ini, dinamakan Kuzuri, adalah antara contoh yang terbaik.

Projek ini bermula dua tahun yang lalu di mana para pembina buatan khasnya telah mencari sebuah enjin Harley-Davidson yang asal yang mana akan digunakan dalam ujian bagi membangunkan jenama peralatan dan aksesori T/H/R/V mereka. Secara kebetulannya, seorang kenalan mereka mempunyai sebuah motosikal XL1200 Sportster 2000. Para pembina berkenaan memulakan tugas dengan melengkapkannya dengan bahagian baru pada awalnya, dan menukang tangan lebih banyak bahagian sepanjang projek itu.


Dan apabila tema keseluruhan projek itu mula terbentuk, pasukan Thrive itu telah melawat Yokohama Hot Rod Custom Show dan menemui banyak rekaan yang hebat, dan motosikal chopper tradisional Jepun. Di sini jugalah di mana mereka menemui inspirasi untuk Kuzuri, yang bermaksud wolverine dalam bahasa Jepun.

 

Mereka telah menempah sebuah kerangka buatan khas tegar daripada sebuah garaj buatan khas dan mula membentuk panel aluminiumnya, dengan sasaran untuk menjadikan motosikal itu sebuah motosikal dengan “rupa paras yang malar segar dan selari” yang kemas, bersih, dan minimalis.

Thrive telah membina tangki bahanapi, reraup lampu hadapan, bahagian ekor, tangki minyak dan bahagian elektrikal motosikal ini dengan sendiri di sekeliling kerangka dan enjinnya itu. Forknya telah dipendekkan bagi menampakkan motosikal ini lebih rapat ke tanah. Aksesori pengkhususan seperti penukar gear, tempat letak kaki, palang pemegang ‘gullwing‘, hab hadapan tanpa brek dan pencengkam Mooneyes telah dipasang.

 

Pacuan terakhir tali sawat asal pada Sportster itu telah dubah kepada rantai. Penegang rantai yang diubahsuai daripada sebuah roda papan selaju telah dipasang di bawah rantai pemacu.

Satu lagi ciri yang menarik adalah lampu henti belakangnya, yang diubahsuai daripada sebuah motosikal Softail dan disembunyikan di bawah dapra belakang.

 

Sebagai sentuhan terakhir, Thrive telah mengecat kerangka dan badan motosikal ini dengan warna biru nilam dan perak.

 

Leave a Reply