Sarolea SP7 – Motosikal MotoGP ELEKTRIK 2019?

 

  • Motosikal lumba Sarolea SP7 telah dipertimbangkan sebagai salah satu daripada calon yang berpotensi sebagai pembekal motosikal MotoGP elektrik 2019 bagi siri motosikal satu model elektrik pada tahun 2019.
  • Wakil pengarahan perlumbaan MotoGP, Loris Capirossi, baru sahaja tamat menguji motosikal lumba elektrik Sarolea SP7 sebelum bermulanya pusingan MotoGP yang lalu di Motorland Aragon.
  • Calon berpotensi yang lain termasuklah motosikal lumba elektrik Lightning LS-218 dan Shinden Roku milik Mugen yang telah memenangi perlumbaan jalan raya Isle of Man Zero sebanyak empat kali.


Ianya baru sahaja pada minggu yang lalu di mana bekas pelumba MotoGP dan juga wakil pengarahan perlumbaan MotoGP semasa, Loris Capirossi,
menjalankan satu ujian peribadi pada sebuah motosikal yang istimewa di Motorland Aragon. Sebelum bermulanya pusingan MotoGP yang lalu, penunggang berusia 44 tahun dari Itali itu telah memasuki litar di atas sebuah motosikal Sarolea SP7, motosikal lumba elektrik sepenuhnya yang dianggap sebagai calon utama bagi kelas elektrik MotoGP terbaru yang ditetapkan bagi tahun 2019.

Turut hadir sewaktu sesi ujian ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta, serta pegawai dari pasukan perlumbaan Ducati dan Yamaha yang ingin tahu mengenainya. Jadi, apakah sebenarnya tujuan ujian ini? Khabarnya, Dorna berminat dalam mencari pengeluar yang dapat membekalkan siri motosikal satu model elektrik sepenuhnya yang ditetapkan untuk membuat kemunculannya pada tahun 2019.

Setakat ini, Loris Capirossi telah pun menguji dua calon yang hebat; motosikal Lightning LS-218 dan terkini, Sarolea Sp7. Motosikal Sp7 mempunyai pengalaman perlumbaan jalan raya sebelum ini, di mana ia mendapat tempat ke-empat di perlumbaan Isle of Man TT tahun ini yang telah dikemudi oleh penunggang legenda, Dean Harrison. Motosikal Sp7 ini dikatakan mampu menghasilkan 180hp dan 400Nm tork.

Satu lagi calon yang berkemungkinan adalah motosikal Lightning LS-218 yang juga telah didekati memandangkan motosikal berkenaan mampu menghasilkan sejumlah 200hp dan 227Nm tork dengan kelajuan tertinggi pada kira-kira 350km/j.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Lightning LS-218, TEKAN SINI.

Cabaran yang terbentang untuk sepanjang siri perlumbaan adalah satu cerita yang sama sekali berbeza. Oleh kerana itulah Dorna bersama dengan pegawai-pegawai MotoGP sedang meneliti dengan tekun bagi mendapatkan calon terbaik untuk mengisi kedudukan yang amat penting itu.

Mugen. buat setakat ini, merupakan salah satu prospek yang menarik juga. Memandangkan fakta yang mereka telah memenangi perlumbaan Isle of Man TT Zero sebanyak empat kali, pengeluar dari Jepun itu juga turut mendapat sokongan yang besar daripada salah sebuah pengeluar terbesar di Jepun, Honda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal lumba elektrik Shinden Roku milik Mugen itu, TEKAN SINI.

Mempunyai motosikal elektrik yang terpantas bukanlah segalanya. Pengeluar yang terpilih perlu mempunyai ke semua kelengkapan yang sepatutnya dan tenaga kerja yang mencukupi bagi menampung keseluruhan siri perlumbaan bagi salah sebuah perlumbaan motosikal yang paling diikuti dunia, iaitu MotoGP. Siapakah yang bakal terpilih?

Teruskan bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

Sumber imej: Sarolea

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.