Beli Minyak Shell Advance Di Lazada Malaysia Dan Temui Jorge Lorenzo!

  • Beli minyak enjin motosikal Shell Advance di Lazada Malaysia dan anda berpeluang untuk bertemu Jorge Lorenzo.
  • Pembeli atas talian berpeluang untuk memenangi perjumpaan eksklusif bersama dengan penunggang Ducati tersebut, tiket MotoGP™ dan juga cermin mata Oakley.
  • Tempoh peraduan dari 3 hingga 29 Oktober 2017.

Beli minyak Shell Advance di Lazada Malaysia dan temui Jorge Lorenzo! Para peminat motosikal seluruh negara kini dapat membeli rangkaian keseluruhan minyak motosikal Shell Advance dengan mudah sekali dari Shell Malaysia Official Online Store di Lazada Malaysia, platform e-dagang terkemuka dalam negara kita.

Setiap pembelian minyak motosikal Shell Advance yang disumber secara rasmi itu akan dihantar terus ke pintu rumah para pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Anda boleh melayari laman sesawang Shell Malaysia Official Online Store di Lazada Malaysia dengan menekan SINI.

Bersempena dengan kemunculan sulung Shell Advance di atas talian dan juga pusingan Shell Malaysia MotoGP™ 2017 yang bakal kunjung tiba, pembeli-belah atas talian dan juga peminat tegar MotoGP™ mempunyai peluang untuk memenangi hadiah eksklusif dengan setiap pembelian produk Shell Advance:

  • Dari 3-20 Oktober, beli satu pek Shell Advance dan dua tin minuman Monster Energy melalui Lazada Malaysia dan anda berpeluang memenangi Hadiah Utama,satu jemputan untuk sesi “meet-and-greet” bersama dengan penunggang pasukan Ducati, Jorge Lorenzo, pada 25 Oktober 2017. Hanya 100 pemenang bertuah akan menikmati keistimewaan ini. Hadiah Pertama adalah satu(1) tiket Hillstand dan ‘welcome kit’ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat 150 pemenang bertuah manakala 20 pemenang akan membawa pulang Hadiah Kedua berupa satu (1) beg galas Monster Recon edisi terhad setiap seorang.
  • Juga dari 3-20 Oktober, beli mana-mana satu pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dan menangi satu (1) tiket Hillstand dan ‘welcome kit’ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), berdasarkan “first come-first served”.
  • Dari 25-29 Oktober, beli satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7 bagi peluang untuk memenangi sepasang cermin mata Oakley yang diautograf secara peribadi oleh Jorge Lorenzo.

Pengarah Urusan Shell Lubricant Malaysia dan Singapura, Encik Baljit Singh, berkata yang kerjasama berterusan antara Shell dengan Lazada Malaysia berikutan kejayaan pelancaran minyak kereta berpenumpang Shell Helix pada bulan Ogos yang lalu merupakan bukti kesungguhan mereka memenuhi keperluan pengguna.

“Kami menyediakan kemudahan buat penunggang motosikal di seluruh negara yang inginkan perlindungan yang sepenuhnya untuk enjin motosikal mereka yang hanya dapat ditawarkan oleh Shell Advance. Dengan membeli dari Shell Malaysia Official Online Store, anda dapat ‘redah’ sebarang ketidakdugaan atau ketidaktentuan mengenai kualiti atau keaslian produk berkenaan. Dan yang terbaik sekali, anda mungkin akan diberi ganjaran dengan pertemuan yang tidak akan dilupakan dengan penunggang Ducati, Jorge Lorenzo, atau tiket Hillstand di SIC yang telah dikhaskan secara eksklusif untuk Shell tahun ini.” Kata beliau.

Baljit juga turut melahirkan perasaan gembiranya kerana produk Shell Advance dan Shell Helix melalui Shell Malaysia Official Online Store-nya itu akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza membeli-belah “Online Revolution” Lazada Malaysia, pada 11 November 2017 yang akan datang.

Acara tahunan itu merupakan festival membeli-belah atas talian terbesar di rantau Asia Tenggara. Bertemakan “Shop The Universe”, para pembeli-belah dari enam buah negara boleh mengharapkan jutaan produk dari seluruh dunia pada harga yang “out-of-this-world”. Untuk tahun ini, tawarannya juga terdiri daripada minyak motosikal Shell Advance dan minyak kereta berpenumpang Shell Helix yang disumber secara rasmi dan tulen.

“Kami berasa amat teruja dapat melanjutkan kerjasama kami dengan Shell Malaysia dengan pengenalan rangkaian minyak motosikal Shell Advance dalam platform kami. Penunggang motosikal di seluruh negara kini dapat menikmati capaian yang tidak terhingga pada produk tulen di atas talian dengan hanya beberapa ketikan butang. Kami menantikan lebih banyak produk dan perkhidmatan di Shell Malaysia Official Online Store, dan pada masa yang sama kami mempersediakan diri untuk kempen terbesar kami pada bulan November ini, Online Revolution,” ujar Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Untuk melayari laman Shell Malaysia Official Online Store di Lazada Malaysia, TEKAN SINI.

Anda juga boleh TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ulasan serta ujian 3000km minyak enjin Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus SAE 10W-40 Sintetik Sepenuhnya yang telah diadakan oleh laman saudara kami di Bikes Republic.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]