Perjanjian Edaran Harley-Davidson Bersama Naza Ditamatkan

Sumber imej: Harley-Davidson Asia
  • Perjanjian edaran Harley-Davidson dengan Naza telah pun ditamatkan.
  • Harley-Davidson kini sedang “mengemaskini” rangkaian pengedar mereka.
  • Syarikat motosikal itu kini akan mencari rakan pengedar baru bermula dengan serta merta.

Harley-Davidson Kuala Lumpur (Sumber imej: wemotor)

Perjanjian edaran Harley-Davidson Asia bersama dengan Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. telah pun ditamatkan. Buat masa ini, Naza Prestige Bikes telah mengoperasikan beberapa buah rangkaian pengedar Harley-davidson seperti Harley-Davidson Kuala Lumpur, Harley-Davidson Pulau Pinang, dan Harley-Davidson Johor Bahru.

Berita tergempar ini disebabkan oleh objektif Harley-Davidson untuk meningkatkan lagi jualan antarabangsanya sebanyak 50 peratus daripada jumlah tahunan semasa. Jenama itu kini akan memulakan usahanya bagi mencari rakan niaga pengedar di Malaysia yang baru bermula dengan serta merta.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. kerana kerjasama yang hampir sedekad di Malaysia dalam mengoperasikan rangkaian pengedar Harley-Davidson dan membina asas pelanggan yang setia,” ujar Peter Mackenzie, Pengarah Urusan Harley-Davidson untuk Greater China, India dan Pasaran Asia yang Membangun.

Pengumuman yang dibuat di laman Facebook Harley-Davidson itu juga telah menambah: “Kami sedang berusaha melakukan satu proses peralihan yang lancar untuk terus membawakan motosikal yang mengujakan, alat ganti dan juga aksesori, serta pakaian untuk anda di Malaysia.”

“Kami juga amat berterima kasih atas sokongan anda dan akan terus kekal setia di sini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan, hantarkan mesej kepada kami, atau emel kami di [email protected]. Teruskan setia bersama kami untuk perkembangan lanjut.”

Ianya pasti menarik untuk melihat siapakah yang akan menjadi rakan pengedar mereka seterusnya, dan juga kesan berita ini kepada Harley Owners Group (HOG) Malaysia, selain daripada pemilik Harley yang dijual secara rasmi dan juga pemilik Harley yang diimport-selari (parallel-imported Harley).

Pengumuman belum lagi dibuat di laman Facebook pengedar Naza Prestige Bikes. Pemilik telah mula menanyakan tentang status waranti dan juga pakej perkhidmatan percuma lima tahun. Diharap jawapan yang lebih jelas akan dikemukakan dalam masa yang terdekat.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply