Modenas Bertemu Dengan Pemilik Motosikal Baru Dalam Satu Sesi Interaksi Istimewa

  • Modenas telah menganjurkan satu program interaksi yang amat istimewa antara pengeluar motosikal nasional itu bersama dengan ke semua pemilik motosikal Modenas yang baru.
  • Lebih daripada 60 orang pemilik yang telah membeli motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200, dan V15 telah menghadiri acara “Let’s Talk” bagi mengenali dengan lebih mendalam motosikal kesayangan mereka itu.
  • Para hadirin elah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada pemeriksaan motosikal percuma, nasihat persendirian bersama pakar serta kuiz dan juga pemberian hadiah.


Sebagai salah satu usaha mereka merapatkan jurang antara pengeluar dan pengguna, pengeluar motosikal nasional negara, Modenas (Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.) telah menganjurkan sebuah program interaksi yang amat istimewa dinamakan “Let’s Talk” bersama dengan para pemilik motosikal yang telah membeli kumpulan pertama motosikal Pulsar RS200, NS200, dan V15 pada 11 September 2017.

Diadakan di Kompleks Ibu Pejabat EON yang terletak di Glenmarie, Shah Alam yang merupakan pejabat bagi bahagian jualan dan pemasaran Modenas, EMOS (Edaran Modenas Sdn. Bhd.), lebih daripada 60 orang pemilik motosikal Modenas yang baru telah berhimpun di sana bagi menyertai acara yang amat istimewa ini.

Sesi berinteraksi ini dianjurkan bagi mendapatkan maklum balas dari mulut pemilik motosikal mereka itu sendiri berkenaan dengan model motosikal terbaru mereka. Setibanya mereka di situ, ke semua motosikal telah diberikan pemeriksaan percuma serta khidmat nasihat untuk para pemilik mengenai motosikal kesayangan mereka dan juga jadual penyelenggaraan berkalanya.

Wakil dari Bajaj Auto Limited juga turut sama menghadiri acara ini bagi membantu dalam program interaksi bersama pemilik ini bagi memastikan yang kedua-dua pengeluar dan pengguna telah diberikan pengetahuan dan pendedahan yang sepatutnya mengenai motosikal mereka iaitu motosikal Pulsar RS200, NS200, dan V15.

Setiap pemilik motosikal juga telah mendapat satu sesi persendirian bersama pakar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana motosikal mereka berfungsi dan pada masa yang sama, menimba ilmu tentang penyelenggaraan motosikal yang betul. Selepas tamat sesi itu, para peserta telah menyertai majlis makan malam, kuiz, dan pelbagai lagi aktiviti dengan pelbagai hadiah yang telah diberikan kepada para hadirin.

 

Tampak seakan Modenas berpegang teguh pada janji mereka untuk meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan mereka, termasuklah dengan acara sebegini. Kami telah dimaklumkan bahawa mereka akan mengadakan acara-acara seperti ini di seluruh negara bagi memastikan para pemilik motosikal mereka dan juga para pengedar dilengkapi dengan maklumat serta kemahiran yang diperlukan.

 

Ini akan memastikan yang setiap pihak yang terlibat berpuas hati apabila mereka memilih untuk memiliki motosikal yang dikeluarkan oleh pengeluar motosikal nasional kita. Cayalah Modenas!

Untuk membaca ulasan kami mengenai Modenas Pulsar RS200 dan NS200 2017, TEKAN SINI.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Modenas V15 2017, TEKAN SINI.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]