MotoGP: Michael van der Mark Akan Menggantikan Rossi di Aragon

Michael van der Mark (Sumber imej: Crash.net)

 

  • Penunggang bagi pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan Valentino Rossi yang telah tercedera bagi pusingan MotoGP yang berikutnya di Aragon pada 24 September 2017.
  • Penunggang berusia 24 tahun yang berasal dari Belanda itu bakal membuat kemunculan MotoGP yang pertama kalinya di atas jentera Yamaha YZF-M1 dengan sokongan daripada pasukan Rossi.
  • Rossi dijangkakan akan kembali semula pada pusingan MotoGP di Motegi, Jepun.

sumber imej: WorldSBK

 

Penunggang Yamaha WorldSBK, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan penunggang pasukan Movistar Yamaha yang tercedera, Valentino Rossi di Aragon dalam pusingan MotoGP yang berikutnya. Sedang Rossi kini masih lagi dalam proses pemulihannya berikutan satu kemalangan motosikal enduro, penunggang berusia 24 tahun dari Belanda itu yang juga merupakan penunggang bagi pasukan pengilang Yamaha , Pata Yamaha Official WorldSBK Team, akan muncul buat kali pertamanya di pentas MotoGP.

Sumber imej: MotoGP

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insiden malang yang menimpa Rossi, TEKAN SINI.

Van der Mark telah diberikan sebuah peluang keemasan untuk bukan sahaja menyertai perlumbaan MotoGP yang pertamanya pada 24 September 2017 ini, malah dia bakal mengemudi sebuah jentera perlumbaan MotoGP yang paling berjaya sekali, Yamaha M1.

Sumber imej: Michael van der Mark

Juara WorldSSP 2014 itu akan mendapat sokongan daripada pasukan semasa Rossi dalam kemunculan sulungnya di kancah MotoGP. Walaupun teman sepasukan WorldSBK semasa van der Mark, Alex Lowes, lebih berpengalaman mengendalikan jentera MotoGP, peluang ini telah diberikan kepada penunggang Belanda berusia 24 tahun itu bagi menguji kemahirannya di tahap tertinggi perlumbaan litar.

Sumber imej: MotoGP

Ketika ditanya mengenai peluang keemasan ini, Michael van der Mark telah berkata “Saya amat teruja kerana telah diberikan peluang untuk menunggang YZF-M1 di pusingan MotoGP Aragon. Saya tidak pernah mengemudi motosikal MotoGP sebelum ini, jadi ia bakal menjadi satu pengalaman yang baru bagi saya. Saya ingin tahu bagaimana rasanya menunggang jentera sebegini. Saya sedar yang ianya bukan mudah untuk terus menyertai sesi latihan rasmi tanpa sebarang ujian. Walaubagaimanapun, saya amat berterima kasih pada Yamaha kerana memberikan peluang ini. Saya pasti ia akan menjadi satu pengalaman
pembelajaran yang menakjubkan.”

Sumber imej: WorldSBK

Lin Jarvis, Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing juga telah berkata, “Setelah menggunakan khidmat Katsuyuki Nakasuga untuk menggantikan Jorge Lorenzo pada 2011 dan Alex Lowes untuk menggantikan Bradley Smith pada 2016, kami memutuskan yang peluang ini patut diberikan kepada Michael van der Mark pada kali ini. Ianya tidak pernah mudah untuk mengisi tempat penunggang lain, lebih-lebih jika penunggang itu adalah Valentino Rossi, namun, kami percaya yang Michael layak dan mempunyai pengalaman untuk melakukan tugas yang baik.”

Sumber imej: MotoGP

Walaupun kadar pemulihan Rossi dalam tahap yang menakjubkan, dia dijangkakan akan berehat selama dua pusingan bagi membolehkan Juara Dunia MotoGP sembilan kali itu pulih sepenuhnya. Rossi akan kembali di atas jenteranya pada pusingan perlumbaan MotoGP di Motegi, Jepun.

Sumber: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply