Kawasaki Motors (Malaysia) Dan GIATMARA Bekerjasama Dalam Program Latihan Superbike

  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. dan GIATMARA telah mEnandatangani sebuah M.O.U pada bulan November tahun lalu.
  • Kerjasama ini dijalinkan bagi melahirkan pakar motosikal superbike Kawasaki pada masa akan datang.
  • Para graduan akan mendapat peluang untuk bekerja dengan Kawasaki Motors (Malaysia).


Batu Caves, Kuala Lumpur, 14 September 2017 – Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (M.O.U) dengan GIATMARA Sendirian Berhad pada 1 November 2016. Acara hari ini menyaksikan pertukaran Memorandum Persetujuan (M.O.A) dan dengan rasminya melancarkan Program Latihan Superbike, yang merupakan hasil kerjasama antara GIATMARA dan KMSB.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak itu bertujuan bagi mempertingkatkan lagi kemahiran dan penetapan minda keusahawanan untuk industri motosikal superbike Malaysia. GIATMARA adalah platform yang tepat sekali, sebagai institut latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang akan dapat membolehkan para pelatih menimba pengalaman yang berharga dan memanfaatkan kepakaran KMSB dalam bidang motosikal superbike, kerjasama ini akan terbukti dapat membantu bagi mencapai objektif yang telah disebutkan sebelum ini.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah merasmikan bengkel yang dinaik taraf untuk kegunaan para pelatih sewaktu latihan kemahiran selama empat bulan di GIATMARA Batu. Selain itu, pelatih yang terpilih akan menjalankan latihan industri selama tiga bulan di Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) di Glenmarie, Shah Alam. Sejurus tamatnya latihan berkenaan mereka mempunyai peluang untuk memulakan kerjaya mereka sama ada du KMSB atau pengedar Kawasaki yang sah, sekiranya mereka telah terpilih.

Latihan industri mereka yang akan diadakan di KESC, akan memberikan pendedahan kepada para pelatih mengenai persekitaran pekerjaan yang sebenar seperti cara pusat perkhidmatan beroperasi, selain daripada mempelajari mengenai Prosedur Pengendalian Standard (Standard Operating Procedures – SOP) KESC.

Selain itu, KMSB juga akan menyumbang dari segi sumber dalam kerjasama ini. KMSB berharap yang program ini akan membantu GIATMARA dalam meningkatkan lagi imej industri ini dan pada masa yang sama menghasilkan tenaga kerja mahir dalam sektor permotoran, terutamanya untuk sektor motosikal superbike.

Hadir pada majlis ini adalah YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; YBhg. Dato’ Haji Azian Bin Haji Osman, Pengerusi GIATMARA; En. Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.

Galeri gambar

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]