Motosikal Yamaha Star Eluder Bagger 2018 Sedia Untuk Menakluk Dunia!

 

  • Setelah memperkenalkan motosikal Star Venture, Yamaha membuat satu lagi kejutan dengan motosikal baru, Yamaha Star Eluder Bagger 2018.
  • Motosikal Star Eluder ini menggunakan rekaan bagger yang ikonik dengan rupa paras yang renek dan mengancam, digandingkan dengan enjin V-berkembar sejukan udara 1,854cc yang ‘jahat’ sekali, serupa seperti motosikal Star Venture.
  • Bagi pasaran Amerika Syarikat, motosikal Yamaha Bagger ini telah diletakkan harganya pada harga $22,499 )kira-kiar RM94,878, selepas pertukaran terus).

 

Lihatlah dengan sendiri, tuan-tuan! Selepas pengenalan yang gemilang motosikal ‘super tourer’ antara-benua mereka, Yamaha Star Venture 2018, Yamaha sekali lagi telah memberikan kepada kita satu lagi tambahan yang mengagumkan dalam rangkaian ‘super tourer‘ mereka. Memperkenalkan, Yamaha Star Eluder Bagger 2018.

Di mana Star Eluder (satu nama yang ranggi sekali) berkongsi banyak persamaan dengan Star Venture (nama yang sesuai untuk sebuah kapal angkasa buat wira “Guardians of the Galaxy”,Star Lord), ianya menggunakan rekaan bagger yang amat dikenali itu untuk menarik minat khalayak yang lebih ranggi dan ‘jahat’ dalam pasaran semasa.

Yamaha Star Venture 2018

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal ‘tourer‘ antara-benua Yamaha Star Venture, TEKAN SINI.

Selain daripada penyandar belakang pembonceng dan but yang tidak disertakan, motosikal Star Eluder ini merupakan jentera yang lebih ringkas berbanding dengan Star Venture kerana ia tidak didatangkan dengan beberapa ciri-ciri yang ada pada motosikal antara-benua itu seperti sistem bantuan mengundur ‘Sure-Park’, pemanas genggaman, penghadang angin bolehlaras secara elektronik, pengesan tekanan udara, dan lampu kabus.

Ini juga bermakna yang Star Eluder 2018 ini lebih ringan beratnya berbanding motosikal Star Venture dengan perbezaan melebihi 37kg! Tanpa ke semua bahagian serta ciri tambahan berkenaan, ia juga bermakna yang Star Eluder ini akan dinilaikan pada jumlah yang lebih rendah berbanding saudara ‘super tourer‘-nya itu.

Kedua-dua motosikal Yamaha ini berkongsi enjin V-berkembar, sejukan udara, 1,854cc yang memacu keseluruhan kuasanya ke roda belakang melalui transmisi enam kelajuan. Dengan tambahan sistem kawalan pendikit ‘ride-by-wire’ yang menawarkan dua mod penunggangan yang berbeza; “Touring” dan “Sport”. Kawalan cengkaman dan bersiar boleh didapati sebagai kelengkapan standard pada Star Eluder ini.

Kerangka keluli utama serta sub-rangka tuangan terap aluminium telah dilengkapkan dengan fork hadapan teleskopik 46mm dan penyerap hentakan belakang bolehlaras pramuatan terpencil bagi memastikan perjalanan yang lancar di atas lebuhraya yang terbentang luas. Daya hentinya datang dalam bentuk dwi-cakera hadapan 298mm dengan cakera belakang tunggal 320mm bersama dengan ABS standard dan “Yamaha Unified Brake System” untuk prestasi pembrekan yang lebih baik.

Bagi menambahkan lagi sentuhan kemewahan pada motosikal Star Eluder ini, sebuah sistem ‘infotainment‘ LCD 7 inci telah diterapkan yang mana ianya dapat dikawal melalui skrin sesentuh (YA, SKRIN SESENTUH), tuil pada palang pemegang, atau pun menggunakan suara sekiranya anda mempunyai keupayaan Bluetooth. Ciri standard yang lain termasuklan sistem kunci pintar, port USB, dan sebuah soket 12V untuk mengecas sebarang peranti mudah alih anda.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, motosikal Yamaha Bagger ini dinilai pada harga $22,499 (sekitar RM94,878 selepas pertukaran terus). Sekiranya motosikal ini tiba di tanah air kita, kami tidak akan terkejut jika ia meningkat sehingga tahap RM160,000, setelah ditambah dengan segala cukai dan duti import yang akan dikenakan.

Sumber imej: Yamaha Motor USA

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]