BMW Motorrad Malaysia Menawarkan Kempen Perkhidmatan Servis Istimewa Buat Semua Motosikal BMW R1200 GS

 

  • BMW Motorrad Malaysia kini sedang menjalankan satu kempen perkhidmatan servis istimewa bagi semua model BMW R1200 GS dan R1200 GS Adventure.
  • Kesemua model BMW R1200 GS yang dikeluarkan dari November 2013 hingga Jun 2017 dinasihatkan untuk menyertai kempen perkhidmatan servis ini oleh kerana kemungkinan mempunyai kerosakan awalan pada fork hadapannya.
  • Semua pemilik model yang terlibat akan dimaklumkan oleh BMW Motorrad Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kempen perkhidmatan servis istimewa ini.


Telah tersebar banyak berita di sepelusuk dunia yang memaklumkan kita tentang pemanggilan semula dari BMW Motorrad berkaitan dengan dua model kembara utama mereka, motosikal BMW R1200 GS dan R1200 GS Adventure. Berita yang telah tersebar di atas talian ini menunjuk kepada motosikal-motosikal yang telah dikilangkan di antara November 2013 dan Jun 2017.

Ianya bagaimanapun bukanlah satu pemanggilan semula tetapi sebuah kempen perkhidmatan servis yang dianjurkan oleh BMW Motorrad untuk menangani dan memperbaiki sesetengah isu berkaitan dengan fork hadapan model-model berkenaan. Berdasarkan pemerhatian lapangan yang telah dibuat, kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi dari insiden bertekanan tinggi pada tiub fork hadapan oleh sebab “insiden luar biasa dengan tekanan tinggi sementara tanpa disedari pengguna akan kerosakannya, sebagai contoh perubahan kebolehdorongannya. Tekanan tinggi sebegitu boleh disebabkan, sebagai contoh, ketika menunggang melepasi halangan, semasa terjatuh, atau ketika menunggang melalui lubang jalan tanpa mengubah kelajuan.”

Kesemua model-model yang terkesan dengan isu ini dikatakan berpunca dari sebuah rongga yang terbentuk di antara tiub fork dan palam pengadang atas. Terdapat juga kemungkinan yang roda hadapan turut mengalami kerosakan namum kemungkinan itu lebih kecil.

https://www.facebook.com/BMWMotorrad/posts/10155333906918467

BMW Motorrad Malaysia telah bercakap dengan kami mengenai hal ini dan kami dapat sahkan bahawa mereka akan menghubungi kesemua pemilik yang terlibat secepat mungkin. Isu ini tidak melibatkan kesemua model tetapi BMW Motorrad Malaysia menganjurkan kempen perkhidmatan servis ini bagi memastikan yang kesemua motosikal ini dalam keadaan yang sempurna untuk pengalaman penunggangan yang tidak terganggu.

NAMUN, kami turut dimaklumkan bahawa model-model yang tidak diimport melalui BMW Motorrad Malaysia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk terkesan dengan isu ini dan nasihat yang terbaik boleh diberikan adalah untuk memeriksanya dengan secepat mungkin. Motosikal ‘grey import‘ lebih berkemungkinan untuk terkesan dengan isu yang dikatakan pada fork hadapannya dan dinasihatkan untuk menghubungi pegawai BMW Motorrad untuk maklumat lanjut.

Buat pemilik motosikal ‘grey import‘ sila ambil perhatian. Mungkin akan terdapat ‘localisation fee‘ yang kecil bagi mendaftarkan motosikal anda dan untuk mendapatkan perkhidmatan servis di pusat khidmat BMW Motorrad yang sah. Untuk ketenangan minda, hantarlah motosikal kesayangan anda ke mana-mana pusat perkhidmatan BMW Motorrad yang berdaftar untuk menyelesaikan segala masalah yang mungkin timbul. Utamakan keselamatan. Malang tidak berbau.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply