Cafe Racer Hesketh Sonnet 2017 Akan Muncul Dalam Masa Terdekat – Sekitar RM145,000

 

  • Hesketh telah mengumumkan bahawa motosikal Cafe Racer Hesketh Sonnet 2017 akan tiba di pasaran UK sebelum bulan September tahun ini.
  • Walaupun tidak dikhabarkan lagi harga yang telah ditetapkan, ianya dikatakan berada pada paras harga sekitar £26,000 (sekitar RM144,740).
  • Motosikal Sonnet ini dijana oleh enjin American S&S V-berkembar 2,100cc yang menghasilkan 142hp dan 210Nm tork.


Ketika ia diperkenalkan pada tahun lalu, motosikal Cafe Racer Hesketh Sonnet 2017 ini dikatakan sebagai sebuah Cafe Racer yang paling berkuasa dan tercantik yang pernah dibina. Kini, pengeluar motosikal mewah buatan tangan dari England ini telah mengumumkan bahawa motosikal Sonnet ini akan boleh didapati di pasaran UK sebelum bulan September ini dengan tanda harga yang dikatakan di tahap £26,000 (sekitar RM144,740 selepas pertukaran terus).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di sini kita dapat melihat yang Hesketh tidak tergesa-gesa, dan mengambil masa mereka dalam menghasilkan motosikal yang terbaik dapat mereka bina memandangkan yang motosikal pengecas lampau Valiant SC yang diperkenalkan pada bulan April tahun ini hanya akan tersedia seawal tahun 2018.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai si buas Hesketh Valiant SC dengan kuasa melebihi 250hp dan 300Nm tork.


Dijana dengan enjin V-berkembar 2,100cc yang diperoleh dari American S&S, ianya didatangkan dengan injap dorongan ‘pushrod‘ yang berteknologi tinggi yang menghasilkan jumlah melebihi 142hp pada 6,000rpm dan 210Nm tork dari serendah 3,000rpm.

Beratnya yang pada tahap 235kg terasa bagaikan agak keterlaluan jika dilihat di atas kertas namun apabila digabungkan dengan enjinnya yang besar itu, jumlah nisbah kuasa-ke-berat itu sebenarnya agak mengagumkan. Bagi memastikan yang keseluruhan kuasanya didorong ke roda belakangnya secekap yang mungkin, mereka telah melengkapkannya dengan Rivera Primo enam kelajuan dengan pacuan rantai cincin “O” bersama dengan Pacuan Talisawat Utama Brute Extreme bersama dengan sistem klac yang diaktifkan secara hidraulik.

Dari segi pengendaliannya pula, motosikal Sonnet ini melengkapkannya dengan suspensi K-Tech bagi menyerap kesemua bebanan dan kuasa itu
menggunakan fork hadapan USD dan aturcara suspensi belakang Bullit Springless Power. Ia juga dilengkapi dengan pakej monoblok Brembo yang
memastikan daya henti yang lancar serta terkawal untuk setiap masa.

Mengenepikan segala spesifikasinya itu, tarikan utama motosikal tempahan khas Hesketh Sonnet ini adalah rupa parasnya walaupun ketika dalam keadaan pegun. Gayanya bersama dengan rupa luarannya yang halus dan juga pada masa yang sama tetap garang mempunyai daya penarik yang pasti akan membuatkan ramai orang jatuh hati padanya, tidak kiralah sama ada mereka peminat motosikal atau pun bukan peminat motosikal. Tambahan pula, kemasan chromenya pasti menarik lirikan mata sesiapa sahaja. Cukup menggiurkan.

Persoalannya sekarang, adakah sesiapa yang berani membawa masuk motosikal yang hebat ini ke tanah air kita. Jika ada, kami tidak akan terkejut jika ianya dinilaikan pada harga suku juta Ringgit Malaysia. Buat masa ini, apa yang mampu kita lakukan hanya melihat motosikal Hesketh Sonnet 2017 di skrin komputer dan hayati keindahannya yang cukup menggoda.

Sumber: Hesketh UK

Leave a Reply